Kursk State Medical University merupakan sebuah universiti perubatan yang terletak di Rusia. Ianya merupakan di antara universiti perubatan yang menawarkan kaedah pembelajaran yang terbaik kepada pelajar. Tidak cukup dengan itu, ianya merupakan antara universiti yang telah mendapat pengiktirafan daripada agensi kerajaan Malaysia. Antara agensi tersebut adalah MQA, MMC, MDC, KPT dan JPA.

Ianya sebuah universiti awam yang terletak di bandar Kursk dengan jarak 1 jam lebih perjalanan menaiki kapal terbang dari bandar Moscow. Seperti negara Malaysia, ianya mempunyai pilihan bas dan kereta api yang boleh digunakan penduduk untuk sampai ke destinasi. Adapun begitu, KSMU merupakan universiti yang terletak di tengah-tengah bandar. Oleh itu, akses terhadap kemudahan, fasiliti dan sebagainya adalah sangat mudah.

Selain itu, KSMU menawarkan peluang kepada pelajar Malaysia untuk sambung pengajian di sana. Tidak hanya pelajar Malaysia, terdapat juga pelajar-pelajar dari negara lain yang memohon kemasukan ke sana. Secara tidak langsung, pelajar dapat mempelajari atau meningkatkan rangkaian sosial sebagai seorang pelajar antarabangsa. Pelajar Malaysia di sana juga mempunyai persatuan pelajar yang dapat membantu pelajar-pelajar baharu menyesuaikan diri di KSMU.

Hostel pelajar

Antara perkara lain yang ditawarkan oleh KSMU adalah pelbagai jenis penginapan. Tempat penginapan yang ditawarkan adalah sangat dekat dan pelajar boleh berjalan kaki sahaja untuk ke KSMU. Tempat penginapan tersebut juga mempunyai sistem keselamatan yang baik dan sistem penggera kebakaran. Oleh itu, pelajar dapat belajar dan tinggal di sana dalam keadaan yang lebih selesa.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Buka Tawaran Sambung Belajar Luar Negara Bagi Tahun 2022.

Oleh itu, Daulah Educonsult membuka tawaran sambung pengajian dalam bidang perubatan dan gerontologi di KSMU. Daulah Educonsult merupakan sebuah agensi konsultasi pendidikan yang dapat membimbing pelajar dan menguruskan pengurusan pelajar untuk sambung belajar di luar negara. Tawaran kemasukan ke KSMU telah dibuka pada bulan Jun dan Julai dan pelajar sudah boleh melakukan pendaftaran kemasukan.

Jika pelajar mendaftar menerusi Daulah Educonsult, pihak Daulah akan membantu pelajar dalam menguruskan pendaftaran kemasukan dan memberikan panduan pembayaran yuran kepada pelajar. Bagi pelajar yang berminat, pelajar boleh berhubung dengan konsultan Daulah untuk mendapatkan sesi konsultasi. Pelajar diperlukan untuk menyertakan keputusan peperiksaan terkini pelajar untuk memudahkan urusan.

Untuk ke KSMU, pelajar boleh menggunakan keputusan percubaan SPM untuk mendaftar. Keputusan pelajar akan dinilai dan pelajar akan boleh mengetahui kelayakan apa yang sesuai kepada pelajar. Bidang pengajian yang ditawarkan kepada pelajar adalah pra-perubatan, perubatan dan gerontologi.

BACA JUGA :   Pengajian Islam Di Indonesia - Rujuk Kepada Daulah Educonsult

Apakah perbezaan pra-perubatan dan perubatan? Pra-perubatan ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM, IGCSE dan setaraf dan pengajian adalah selama satu tahun. Setelah itu, pelajar akan menyambung pengajian ke bidang perubatan selama enam ytahun yang mana telah ditawarkan kepada pelajar lepasan Asasi, Diploma, STPM, dan lain-lain yang setaraf. Untuk kemudahan pelajar, berikut adalah antara syarat kelayakan umum yang diperlukan untuk memohon kemasukan ke KMSU.

  1. Pelajar SPM, IGCSE dan setaraf: Memperoleh sekurang-kurangnya B bagi setiap subjek wajib Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik @ Matematik Tambahan.
  2. Pelajar Diploma, Asasi, Matrikulasi dan setaraf: Memperoleh sekurang-kurangnya 3.0 CGPA. (Pelajar aliran SAINS sahaja)

Sekiranya pelajar memperoleh keputusan selain yang disyaratkan, pelajar boleh mendapatkan khidmat konsultasi. Konsultan Daulah Educonsult akan memberikan cadangan terbaik kepada pelajar. Selain ke KSMU, Daulah Educonsult juga mempunyai tawaran ke universiti lain. Untuk menghubungi Daulah Educonsult, berikut adalah antara platform yang digunakan.

Website : http://daulahmedic.com/  
Facebook : Daulah Educonsult  
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com 
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322(Tuan Syed) 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here