Bagi anda yang berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains kesihatan, permohonan untuk ke Universitas Sumatera Utara, Indonesia sudah dibuka. Peluang ini dibuka kepada pelajar lepasan SPM, IGCSE, O&A Level, STPM, Diploma, Asasi, Matrikulasi dan lain-lain lepasan setaraf. Permohonan kemasukan boleh dilakukan terus menerusi agensi konsultasi pendidikan Daulah Educonsult.
Pengenalan Kepada Universitas Sumatera Utara
Universiti yang mudah disebut sebagai USU ini bermula dengan tertubuhnya Yayasan Universitas Sumatera Utara pada tahun 1952 di Medan, Indonesia. Penubuhan yayasan ini dipelopori oleh Gabenor Sumatera Utara bagi memenuhi keinginan masyarakat sekitar kawasan Sumatera dan Indonesia. Kini, USU merupakan universiti awam yang terkenal di Indonesia.
Bermula dengan penubuhan Fakulti Perubatan, ia berkembang dengan pembinaan Fakulti Undang-Undang dan Pengetahuan Awam, Fakulti Latihan dan Pendidikan Guru dan Fakulti Pertanian. Kemudian, beberapa fakulti lagi ditubuhkan seperti Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Ekonomi dan diikuti dengan Fakulti Perubatan Veterinar dan Penternakan. Seterusnya ia berkembang dengan lebih lagi beberapa buah fakulti dibangunkan.
Meskipun banyak fakulti yang didirikan, hanya beberapa sahaja bidang yang boleh dipilih pelajar Malaysia melalui agensi Daulah Educonsult. Bidang tersebut adalah bidang perubatan, pergigian dan farmasi. Bidang Perubatan terletak di Fakulti Kedoktoran, bidang Pergigian di Fakulti Kedoktoran Pergigian dan bidang Farmasi terletak di Fakulti Matematik.
Tempoh pengajian adalah seperti yang berikut:
-
-
- Perubatan – 5 ½ tahun
- Pergigian – 5 ½ tahun
- Farmasi – 4 tahun
-
Jika anda berminat untuk melakukan permohonan kemasukan ke USU bagi tahun 2021, anda boleh lakukannya bersama Daulah Educonsult. Daulah Educonsult sedia membimbing pelajar untuk menguruskan segala urusan pendaftaran dan mencari tempat penginapan pelajar di sana. Dengan adanya bimbingan daripada agensi Daulah, pengurusan anda akan menjadi lebih mudah.
Berikut adalah syarat kelayakan untuk memasuki universiti di Indonesia dalam bidang sains kesihatan:
-
- Lepasan SPM dan setaraf: Memperoleh minimum B bagi subjek sains seperti Biologi, Kimia dan Fizik.
- Lepasan Diploma dan setaraf: Memperoleh minimum 3.0 CGPA.
Adapun begitu, jika keputusan anda tidak bertepatan dengan syarat kelayakan yang telah dinyatakan, anda boleh berhubung terus dengan pihak Daulah Educonsult untuk sesi konsultasi. Sesi konsultasi adalah percuma, namun apa yang penting adalah anda berminat. Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh hubungi konsultan Daulah Educonsult atau anda boleh layari mana-mana platform media sosial Daulah.
Carian nombor dan alamat laman sesawang adalah seperti berikut.
Website : http://daulahmedic.com/ Facebook : Daulah Educonsult Youtube : Daulah Educonsult Email : daulahmedic@gmail.com Nombor pejabat : 03-92851322 Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322 Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)