Berikutan keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara, sidang media daripada Bank Negara Malaysia (BNM) turut diadakan. Sidang media yang dilakukan secara dalam talian itu telah dihadiri oleh Gabenor BNM dan Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin.

Melalui sidang media tersebut, Gabenor BNM iaitu Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus telah mengatakan bahawa pemulihan ekonomi masih berada di landasan yang baik meskipun berdepan beberapa cabaran.

Kata beliau lagi, Bank Negara menjangkakan pertumbuhan ekonomi kekal pada tahap antara 6.0 ke 7.5 peratus pada tahun 2021. Perkara ini boleh dirujuk berdasarkan sejarah pelaksanaan PKP pada sesi-sesi yang lalu. Data menunjukkan pertumbuhan KDNK suku pertama adalah lebih baik daripada yang dijangkakan pada PKP 2.0 berbanding PKP 1.0.

BACA JUGA :   Rentas Daerah Atau Negeri Sudah Dibenarkan Bermula 7 Disember

Perbezaan pada kedua-duanya adalah semua sektor ekonomi dibenarkan untuk beroperasi semasa PKP 2.0 dan tidak semua sektor ekonomi dibenar beroperasi pada PKP 1.0. Melihatkan keputusan kerajaan yang membenarkan pembukaan sektor ekonomi pada PKP kali ini, beliau mengatakan bahawa ia mungkin tidak beri impak yang besar.

Tambahnya, negara juga akan mendapat keuntungan dari peningkatan permintaan luar yang besar. Semakan  dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan pertumbuhan global bagi tahun ini meningkat kepada 6 peratus pada bulan April berbanding 5.5 peratus pada bulan Januari.

Pertumbuhan ekonomi negara juga dijangka akan terus mengukuh melalui pemulihan daripada permintaan domestik. Indeks perdagangan runcit mencatatkan pertumbuhan positif pada Mac setelah berada pada tahap negatif selama lima bulan terakhir. Beliau juga menyatakan bahawa peluang pekerjaan akan berlaku peningkatan secara berperingkat.

BACA JUGA :   5 Destinasi Di Malaysia Yang Mempunyai Keindahan Seperti Luar Negara

Sumber: Astro Awani

Sudahkah anda memuat turun aplikasi Safer di telefon pintar anda? Jika anda masih belum mempunyai akaun Safer dan aplikasi Safer, pastikan anda mendaftar sekarang! Safer menawarkan peluang kepada semua pengguna untuk menjana pendapatan tambahan secara pasif.

Tidak hanya kepada pengguna, ia juga turut ditawarkan kepada mereka yang telah mendaftar sebagai rakan penghantar dan pemandu Safer. Pendapatan ini boleh dijana dengan perkongsian referral code anda sendiri kepada mereka yang masih belum mempunyai akaun Safer.

Mahu ketahui maklumat lanjut atau tawaran menarik daripada Safer? Hubungi Safer menerusi platform yang berikut:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here