Sebelum ini, kerajaan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia tidak akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara seperti sebelum-sebelumnya. Adapun begitu, semalam iaitu bersama 10 Mei 2021, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyampaikan perkara sebaliknya. Perutusan ini telah disampaikan melalui media sosial dan tiada siaran televisyen seperti kebiasaan perutusan sebelum ini.

Antara inti pati utama perutusan tersebut adalah berkenaan prosedur operasi standard sepanjang PKP 3.0 berlangsung. PKP 3.0 dikatakan akan bermula pada 12 Mei 2021 sehingga 7 Jun 2021. Perkara ini telah diputuskan apabila kerajaan dan jabatan kesihatan mendapati adanya trend peningkatan kes harian COVID-19. Dengan itu kerajaan untuk mengambil langkah yang lebih ketat.

Keputusan telah diambil untuk mengekang penularan wabak COVID-19 dalam masyarakat dan menghalang kenaikan kes dengan lebih tinggi. Dengan jumlah kes harian yang tidak kurang daripada 3,000 semenjak beberapa hari yang lalu, Malaysia kini berhadapan dengan gelombang ketiga pandemik COVID-19. Gelombang ketiga ini dikatakan mampu untuk mencetuskan suatu krisis nasional jika tidak dibendung dengan segera.

Ia juga ditambah dengan kewujudan varian-varian baharu dengan kadar jangkitan yang lebih tinggi mengakibatkan sistem kesihatan awam berada di tahap yang sangat membimbangkan. Perdana Menteri juga mengusulkan bahawa kelemahan pematuhan SOP di kalangan masyarakat juga menjadi punca kerajaan mengambil tindakan yang lebih drastik.

Selain itu, aktiviti-aktiviti perhimpunan yang kadang kala menyukarkan pelaksanaan penjarakan sosial dan kesesakan orang ramai di beberapa tempat menjadi salah satu punca keputusan ini diambil. Rantaian jangkitan hanya akan boleh diputuskan dengan cara menggalakkan orang ramai supaya duduk di rumah jika tiada urusan yang benar-benar mustahak.

BACA JUGA :   Berimpian belajar luar negara? Daulah Educonsult bantu anda !

Berikut adalah larangan yang telah ditekankan semasa perutusan disampaikan.

  1. Larangan rentas daerah dan rentas negeri kecuali untuk tujuan kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, temu janji vaksinasi dan pasangan jarak jauh;

  2. Melarang SEMUA bentuk perhimpunan sosial. Majlis akad nikah adalah dibenarkan dengan jumlah kehadiran dan SOP yang ditentukan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri bagi orang Islam dan Jabatan Pendaftaran Negara bagi orang bukan Islam;

  3. Melarang semua aktiviti sukan dan rekreasi kecuali sukan dan rekreasi individu di kawasan terbuka seperti jogging, berbasikal dan senaman dengan mengamalkan penjarakan fizikal;

  4. Semua institusi pendidikan ditutup. Pengecualian diberikan kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan antarabangsa. Pusat Asuhan Kanak-kanak, tabika, taska dan tadika dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan bagi membantu urusan kerja ibu bapa atau penjaga;

  5. Bilangan orang di dalam kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing dihadkan kepada TIGA ORANG SAHAJAtermasuk pemandu. Bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan serta rantaian aktiviti ekonomi/industri adalah bergantung kepada jumlah yang dibenarkan dalam lesen pendaftaran kenderaan perdagangan. Bilangan orang yang dibenarkan di dalam pengangkutan awam mestilah mematuhi penjarakan fizikal dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

  6. Dine-in di restoran dan kedai makan adalah TIDAK DIBENARKAN. Penjualan makanan secara pandu lalu dan take-away adalah dibenarkan;

  7. Majikan DIWAJIBKAN melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dengan kehadiran tidak lebih 30 peratus kakitangan pengurusan pada setiap masa. BDR sektor awam ditentukan oleh garis panduan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara dari semasa ke semasa; dan

  8. Ziarah rumah ke rumahdan ziarah kubur semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah TIDAK DIBENARKAN.

  9. Solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau dibenarkan dengan kehadiran jemaah tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah dan 20 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang daripada 1,000 jemaah. Had bilangan jemaah yang sama terpakai bagi solat fardu lima waktu dan solat Jumaat.

  10. Operasi Rumah Ibadah Bukan Islam juga akan diperketatkan. SOP bagi Rumah Ibadah Bukan Islam ditetapkan oleh Kementerian Perpaduan;

  11. Langkah-langkah khusus yang sedang dilaksanakan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan diteruskan.

Adapun begitu, pelaksanaan PKP ini tidak akan mengganggu sektor ekonomi negara kerana sektor ekonomi dibenarkan untuk beroperasi. SOP awam yang terperinci boleh dilihat di sini.

BACA JUGA :   Understanding Speech Delay in Children

Sumber: Kenyataan Media Perdana Menteri 10 Mei 2021

Berminat untuk terus bekerja sepanjang PKP? Daftar sebagai rakan penghantar atau pemandu Safer sekarang. Jangan lepaskan peluang untuk menjalankan kerja penghantaran tanpa dikenakan apa-apa caj penolakan komisen.

Terdapat beberapa syarat kelayakan yang telah digariskan dan syarat kelayakan umum adalah seperti memiliki apa-apa jenis kenderaan, memiliki lesen memandu yang sah, mempunyai telefon pintar (iOS atau Android), dan lain-lain. Pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan https://tinyurl.com/y9tj7vv2. Sebarang maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi mana-mana pautan berikut:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here