Menjadi salah satu daripada komuniti e-hailing dan p-hailing adalah sesuatu yang sangat mencabar. Tidak sekadar memerlukan ketahanan fizikal ketika melakukan pekerjaan, rakan penghantar dan pemandu turut perlu menguruskan kesihatan mental. Sehingga kini, komuniti pekerjaan penghantaran semakin diminati ramai. Tidak sekadar bekerja secara separuh masa, ada yang melakukannya secara sepenuh masa.
PELUANG KERJA DI SAFER
Dan tidak hanya kepada satu syarikat, kadang-kala mereka berulang melakukan kerja penghantaran lebih daripada satu syarikat. Melihatkan perkara ini, Safer pula membuka peluang kepada anda di luar sana untuk menjadi salah seorang daripada rakan penghantar dan pemandu. Pendaftaran adalah secara percuma sahaja!
Jika anda masih belum mendaftar sebagai Rider atau Driver Safer, pastikan anda mendaftar sekarang untuk menikmati promosi ‘Zero Commission’ yang sedang dijalankan. Promosi ini telah dimulakan sejak hujung tahun yang lalu ketika Malaysia bergelut untuk menstabilkan ekonomi negara. Disebabkan pandemik COVID-19, ramai yang kehilangan pekerjaan.
Oleh itu, Safer muncul untuk menawarkan peluang kepada anda untuk terus bekerja sebagai Rider atau Driver semasa musim PKP. Safer mengajak anda di luar sana untuk menjadi salah satu daripada komuniti Safer. Mari lihat apakah syarat kelayakan yang diperlukan untuk menjadi Rider dan Driver Safer.
Syarat menjadi Rider Safer (Untuk kerja penghantaran makanan dan barangan):
- Mempunyai kenderaan seperti motosikal, kereta,van, lori dan lain-lain.
- Memiliki lesen yang sah.
- Mempunyai telefon pintar dengan akses internet (iOS atau Android).
Syarat menjadi Driver Safer (untuk kerja penghantaran penumpang):
- Mempunyai kenderaan seperti motosikal atau kereta.
- Memiliki lesen yang penuh dan sah.
- Mempunyai telefon pintar dengan akses internet (iOS atau Android).
- Tahun buatan kenderaan 2012 dan ke atas.
- Memiliki lesen PSV (diperoleh di JPJ) dan EVP (diuruskan pihak Safer).
- Mempunyai e-hailing insurance.
Jika anda memenuhi syarat kelayakan di atas, anda boleh mendaftar sebagai Rider dan Driver Safer menerusi pautan https://tinyurl.com/y9tj7vv2. Pendaftaran juga boleh dilakukan menerusi aplikasi Safer Driver yang akan digunakan untuk menjalankan dan menerima kerja-kerja penghantaran. Aplikasi tersebut boleh dimuat turun melalui
Semakin cepat anda mendaftar, semakin cepat akaun anda diaktifkan dan semakin cepat anda boleh jana pendapatan! Ayuh segera mendaftar sebelum promosi yang sedang dilangsungkan ini berakhir! Bukan sekadar menjalankan kerja penghantaran dan mendapatkan pendapatan aktif, Rider dan Driver juga berpeluang untuk menjana pendapatan pasif.
PENDAPATAN PASIF
Apakah itu pendapatan pasif? Pendapatan pasif adalah pendapatan tambahan yang boleh Rider dan Driver Safer peroleh apabila mereka berkongsikan referral code mereka kepada orang ramai. Bukan setakat kongsi, untuk menjana pendapatan pasif tersebut, akaun baharu perlu didaftar menggunakan referral code terebut. Referral code tersebut boleh dikongsikan ke seberapa ramai ahli keluarga dan kenalan.
Oleh itu, pastikan mereka yang masih belum mempunyai akaun Safer mendaftar menggunakan referral code anda. Dengan itu, anda boleh menerima 1% pulangan daripada nilai resit pendaftar referral yang melakukan transaksi melalui Safer. Perkiraan adalah seperti berikut:
Ali mengajak keluarga dan rakan untuk mendaftar akaun Safer, setiap hari, ada salah seorang di antara ahli keluarga dan rakan kenalan melakukan transaksi melalui Safer. Dalam satu hari, mungkin nilai transaksi adalah bernilai RM50. Nilai 1% yang akan Ali peroleh adalah RM0.50. Jika hanya seorang, nilai minimum mungkin adalah 30 sen ke 50 sen, cuba anda bayangkan jika lebih daripada seorang yang menjalankan transaksi. Tidakkan pendapatan pasif anda boleh membantu dalam menyelesaikan sedikit pengurusan kewangan anda?
Berminat untuk menyertai Safer atau mahu ketahui maklumat-maklumat terkini yang dijalankan oleh Safer? Ikuti Safer menerusi mana-mana platform ini:
Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup