Kepada semua peniaga makanan di luar sana, pastikan anda tidak ketinggalan untuk mendaftar sebagai vendor di bawah Safer Food Merchant. Anda merupakan seorang peniaga kecil-kecilan? Menyara hidup dengan berniaga makanan? Tidak mempunyai restoran sendiri? Ayuh jalankan perniagaan anda secara dalam talian.

Safer Food Merchant masih lagi menjalankan promosi ‘Zero Commission’ di mana peniaga tidak akan dikenakan sebarang caj penolakan komisen. Pihak Safer akan membenarkan anda berniaga secara percuma selama promosi ini berlangsung! Bagi anda yang tidak mengetahui, Safer menjalankan perkhidmatan secara dalam talian. Antara perkhidmatan tersebut adalah Safer Food di mana pengguna dapat memesan makanan secara dalam talian.

Dengan itu, vendor-vendor makanan diperlukan di semua lokasi sekitar Malaysia bagi memenuhi kehendak pengguna Safer. Jika anda masih belum mendaftarkan perniagaan anda bersama Safer, pastikan anda melakukannya sekarang! Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian sahaja!

Anda hanya perlu mengemukakan beberapa dokumen penting dan butiran seperti yang berikut:

  • Kad pengenalan
  • Lesen SSM
  • Lesen perniagaan
  • Sijil Halal
  • Akaun bank
  • Alamat perniagaan
  • Waktu perniagaan beroperasi
  • Menu makanan atau minuman yang dijual berserta gambar
  • Harga makanan atau minuman
BACA JUGA :   Rider Konsultan Kini diperlukan Di Safer Food!

Segala salinan dokumen tersebut boleh dikemukakan untuk membolehkan perniagaan anda diaktifkan di dalam masa 24 jam. Pihak Safer Food Merchant akan menyemak butiran perniagaan anda sebelum mengaktifkan akaun anda. Langkah untuk mendaftar adalah mudah untuk diikuti dan jika anda memerlukan bantuan semasa pendaftaran, terdapat kelas yang dianjurkan oleh Safer.

Pendaftaran boleh dilakukan menerusi pautan: https://www.safer.my/sign-up-restaurant.

Setelah pendaftaran dilakukan, peniaga boleh memuat turun aplikasi Safer untuk Food Merchant yang boleh di muat turun menerusi Google Play Store atau Apple App Store. Peniaga juga boleh melakukan pendaftaran menerusi aplikasi ini.

Melalui aplikasi ini juga, peniaga dapat menyemak analisis perniagaan yang telah dilakukan bersama Safer. Tetapan juga boleh diubah menerusi aplikasi dalam talian sahaja. Tambahan, akaun akan dipegang sepenuhnya oleh peniaga tanpa ada campur tangan dari pihak Safer. Safer Food Merchant akan bertindak sebagai platform perniagaan secara dalam talian sahaja.

BACA JUGA :   Jom Daftar Sebagai Vendor Di Safer Food Sekarang.

Masa bekerja secara dalam talian bersama Safer juga adalah fleksibel. Peniaga dapat memilih untuk menjalankan perniagaan pada bila-bila masa peniaga mahukan. Sekiranya peniaga mahu memilih untuk tidak menerima pesanan secara online, peniaga boleh terus pergi ke tetapan untuk ‘go offline’.

Safer juga menyediakan rakan penghantar sendiri untuk mengambil pesanan daripada peniaga terus kepada pengguna. Dengan itu, peniaga hanya perlu menyiapkan pesanan daripada pengguna dan menunggu rakan penghantar makanan untuk ambil dan hantar. Pembayaran oleh pengguna akan dilakukan sama ada secara online banking (e-wallet) atau cash-on-delivery.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, peniaga boleh berhubung dengan pihak Safer Food Merchant melalui mana-mana platform media di bawah secara online.

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here