Anda sudah menjadi salah seorang daripada rakan penghantar atau pemandu Safer? Jika belum, dan anda berminat untuk menyertai Safer dan lakukan kerja penghantaran, anda boleh mendaftar sekarang! Safer masih lagi membuka peluang kepada anda di luar sana untuk mendaftar akaun sebagai rakan penghantar dan pemandu Safer secara percuma.

Safer juga masih lagi menjalankan promosi ‘Sifar Komisen’ di mana anda dapat melakukan kerja penghantaran tanpa dikenakan apa-apa caj penolakan komisen. Tarikh akhir bagi promosi ini masih lagi belum ditentukan, jadi pastikan anda mendaftar segera dan jalankan kerja penghantaran bersama Safer.

Bagi anda yang berminat, berikut adalah antara syarat keperluan yang perlu diikuti untuk menjadi rakan penghantar atau rakan pemandu.

Rakan penghantar
  • Memiliki lesen memandu yang sah.
  • Mempunyai kenderaan seperti motosikal, kereta, van, lori dan lain-lain.
  • Memiliki telefon pintar dengan akses internet yang berfungsi dengan baik (iOS atau Android).
Rakan pemandu
  • Memiliki lesen memandu yang sah dan penuh.
  • Mempunyai kenderaan seperti motosikal atau kereta.
  • Had buatan kenderaan 2012 dan ke atas.
  • Memiliki telefon pintar dengan akses internet yang berfungsi dengan baik (iOS atau Android).
  • Mempunyai lesen PSV (diperoleh di JPJ) dan lesen EVP (diuruskan oleh pihak  Safer).
BACA JUGA :   Berniaga Makanan & Minuman Melalui Safer Food Merchant Sepanjang PKP!

Antara dokumen yang diperlukan semasa mendaftar adalah:

  • Kad pengenalan
  • Road tax kenderaan
  • E-hailing insurans (rakan pemandu)
  • Insurans kenderaan
  • Lesen memandu

Jika anda berjaya melampirkan semua dokumen dan melengkapkan segala butiran yang diperlukan, akaun anda akan dapat diaktifkan dalam masa 24 jam sahaja. Namun, sekiranya anda mempunyai beberapa maklumat yang tidak lengkap, masa pengaktifan anda mungkin akan berlanjutan. Oleh itu, pastikan segala maklumat dan butiran yang diberikan adalah tepat dan sempurna.

Pendaftaran sebagai rakan penghantar dan pemandu boleh dilakukan menerusi laman sesawang Safer yang rasmi dan  melalui aplikasi Safer untuk Driver. Berikut adalah pautan untuk mendaftarkan diri anda sebagai rakan penghantar atau pemandu https://tinyurl.com/y9tj7vv2. Aplikasi Safer untuk Driver pula boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store. Bagi anda yang sudah mempunyai akaun, pihak Safer menyarankan supaya anda kekal ‘online’ supaya anda mudah menerima ‘job’.

Rakan penghantar dan pemandu juga boleh mengaktifkan ‘push notification’ supaya tidak terlepas tawaran kerja dan promosi menarik daripada Safer. Antara kawasan tumpuan pada ketika ini adalah di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur. Adapun begitu, Safer sedang giat mengembangkan lagi kawasan sasaran tumpuan ke seluruh semenanjung Malaysia.

BACA JUGA :   Ride With Safer : Perkhidmatan E-hailing Terbaik Di Malaysia

Kerja-kerja penghantaran bersama Safer terdiri daripada penghantaran penumpang, makanan dan barangan. Bagi rakan penghantar, kerja-kerja penghantaran yang sesuai adalah kerja penghantaran makanan dan barangan. Untuk rakan pemandu, penghantaran penumpang adalah lebih sesuai. Adapun begitu, jika rakan penghantar atau rakan pemandu mahu menerima pekerjaan sebagai kedua-duanya, rakan diperlukan untuk memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Tetapan tersebut boleh diubah sendiri dan rakan penghantar dan pemandu dapat menguruskan maklumat kenderaan secara terus. Tidak cukup dengan itu, Safer juga buka peluang kepada rakan penghantar dan pemandu untuk mendapatkan pendapatan tambahan secara pasif. Pendapatan ini boleh diperoleh dengan cara berkongsikan referral code rakan kepada keluarga atau kenalan.

Berikut adalah penjelasan yang lebih lanjut berkenaan cara pendapatan pasif ini boleh dijana.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh berhubung terus dengan pihak Safer menerusi mana-mana platform yang berikut:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram :https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter :https://twitter.com/SAFERofficial
TikTokhttps://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here