Pada penghujung minggu yang lalu, telah tular perkara berkenaan serpihan Roket Long March 5B jatuh ke bumi tanpa kawalan. Serpihan roket tersebut dikatakan berada di luar kawalan di mana tempat mendaratnya tidak dapat dijangka. Dengan itu, Agensi Angka Malaysia (MYSA) sempat memberikan nasihat kepada rakyat Malaysia.
MYSA menasihati orang ramai untuk tidak berasa cemas dengan kenyataan yang telah dikeluarkan di media sosial. Hal ini berikutan setiap pelancaran roket kebiasaannya akan meninggalkan serpihan dan ia bergantung kepada saiz roket yang dilancarkan.
Namun, pada awal pagi semalam, serpihan besar roket tersebut dikatakan telah terhempas di Lautan Hindi yang berkedudukan di barat daya India dan Sri Lanka. Berat jangkaan serpihan roket tersebut adalah sekitar 21,000 kilogram.
Roket Long March 5B dilancarkan pada 29 April lalu untuk menghantar modul teras stesen angkasa China, Tainhe ke orbit pengoperasian di angkasa. Pelancaran roket telah dilakukan di Pulau Hainan, China yang mana ia terdiri dari sebuah roket tidak berpemandu.

Berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan pesawat di luar nagara? Daftar kemasukan bersama Daulah Educonsult sekarang. Pelajar boleh mendapatkan khidmat konsultasi secara percuma daripada konsultan Daulah Educonsult.
Untuk mengetahui cara pendaftaran atau syarat kelulusan penuh, pelajar boleh berhubung dengan pihak Daulah Educonsult menerusi:
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)