Jika anda masih belum mengetahui apa itu Safer, Safer merupakan syarikat e-hailing yang menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk penggunanya. Semua perkhidmatan ini boleh ditempah menerusi aplikasi Safer yang boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar. Aplikasi ini boleh diperoleh menerusi Google Play Store dan Apple App Store. Untuk memudahkan pengurusan, pengguna digalakkan untuk mendaftar akaun terlebih dahulu.

Akaun pengguna boleh didaftar menerusi pautan https://tinyurl.com/y6u9r4f5 dan menerusi aplikasi Safer. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah Safer Ride, Safer Food, Safer Delivery dan Safer Concierge. Berikut adalah perincian mengenai perkhidmatan yang ditawarkan.

Safer Ride: Menawarkan perkhidmatan penghantaran penumpang dari lokasi ke lokasi yang lain. Terdapat beberapa jenis kategori yang boleh dipilih pengguna mengikut kesesuaian bajet dan kapasiti penumpang. Perincian kategori adalah seperti yang berikut.

Safer Food: Menawarkan khidmat pemesanan dan penghantaran makanan daripada peniaga makanan kepada pengguna Safer. Pengguna dapat memilih pelbagai jenis makanan daripada pelbagai peniaga. Kesemua makanan yang dijual menerusi Safer Food dijamin halal.
Safer Delivery: Terdapat dua jenis penghantaran yang boleh dipilih pengguna. Untuk penghantaran barangan ke satu lokasi, pengguna boleh memilih kategori Single Delivery. Namun, untuk penghantaran barangan ke pelbagai lokasi, pengguna boleh memilih kategori Multiple Delivery.
Safer Concierge: Khidmat pembantu peribadi merupakan suatu kelainan yang ditawarkan oleh Safer. Perkhidmatan ini ditawarkan kepada anda yang memerlukan khidmat bantuan selama tempoh yang dimahukan. Terdapat beberapa perjanjian dan syarat yang dikenakan.

Selain itu, Safer juga menyediakan ruang kepada pengguna untuk menjana pendapatan pasif tanpa had. Bukan hanya menggunakan perkhidmatan di Safer, pengguna juga boleh memperoleh pendapatan tambahan menerusi e-wallet Safer. Pengaktifan pendapatan pasif ini boleh dilakukan dengan cara perkongsian referral code.

BACA JUGA :   Luaskan Perniagaan Anda Secara Online Menerusi Aplikasi Safer Food.

Cara untuk mendapatkan referral code pengguna adalah seperti yang berikut.

Setiap akaun yang berdaftar menggunakan referral code anda, anda bakal terima 1% pulangan setiap kali mereka menggunakan mana-mana perkhidmatan Safer. Lebih ramai orang yang mendaftar menggunakan referral code anda, lebih banyak pendapatan pasif yang boleh anda dapatkan.

Sebelum anda berkongsikan referral code tersebut, pastikan anda menyertai Cabutan Bertuah yang diadakan oleh Safer. Anda boleh membawa pulang hadiah menarik yang ditawarkan oleh Safer! Berikut adalah syarat kelayakan untuk menjadi salah seorang pemenang Cabutan Bertuah Safer.

Yang pertama, anda perlu kongsikan referral code kepada 20 orang keluarga atau rakan. Pastikan mereka mendaftar akaun Safer menggunakan referral code anda. Dengan itu, anda boleh sekali gus mengaktifkan pendapatan pasif anda.

BACA JUGA :   Luaskan Perniagaan Anda Menerusi Safer Food.

Seterusnya, apa yang perlu dilakukan adalah anda perlu LIKE dan FOLLOW akaun rasmi Facebook dan Instagram Safer. Anda juga perlu LIKE dan SHARE posting Cabutan Bertuah di Story dan tag Safer. Kemudian, anda boleh tag 5 orang rakan/keluarga anda di ruangan komen.

Klik gambar untuk ke posting rasmi Cabutan Bertuah

Pemenang bagi Cabutan Bertuah ini akan dipilih secara rawak di dalam sesi LIVE yang bakal dijalankan oleh pihak Safer. Pastikan anda sertai Cabutan Bertuah ini untuk memiliki hadiah menarik!

Untuk mendapatkan sebarang maklumat berkenaan tawaran dan promosi yang ditawarkan oleh pihak Safer, anda boleh berhubung dengan pihak Safer menerusi mana-mana platform di bawah.

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram :https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter :https://twitter.com/SAFERofficial
TikTokhttps://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here