Universitas Sumatera Utara atau lebih mudah dipanggil USU merupakan sebuah universiti yang terletak di Medan, Indonesia. Universiti ini menawarkan pengajian dalam bidang perubatan kepada pelajar. Sesi kemasukan ke universiti adalah pada bulan September, oleh itu, jika anda berminat untuk sambung belajar di USU, anda boleh mohon untuk sesi kemasukan September 2021.
Permohonan boleh dilakukan menerusi agensi konsultasi pendidikan Daulah Educonsult. Bagi pelajar yang betul-betul berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan, anda digalakkan untuk mendaftar. Sambungan pengajian adalah untuk ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Mengapan USU? USU merupakan salah satu universiti terkemuka yang ada di Indonesia. Ia turut menjadi pilihan pelajar Malaysia yang mahu menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Untuk memasuki universiti ini, anda diperlukan untuk memenuhi syarat kemasukan minimum yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.
Syarat minimum yang diperlukan adalah seperti yang berikut.
-
- Lepasan SPM, IGCSE dan setaraf: Peroleh B dalam semua subjek Sains (Biologi, Kimia, Fizik)
- Lepasan Asasi, Diploma dan setaraf: Peroleh CGPA 3.00
- Ujian Kemasukan Bertulis: Wajib Lulus
Adapun begitu, jika anda memperoleh keputusan selain daripada syarat minimum yang telah ditetapkan, anda boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada konsultan Daulah Educonsult. Daulah Educonsult sedia membantu anda untuk memberikan penyelesaian yang terbaik untuk merealisasikan impian anda untuk sambung pengajian di luar negara.
Permohonan ke USU adalah mudah dan anda tidak perlu bimbang kerana USU adalah universiti awam di Indonesia. Ia juga merupakan antara salah satu universiti yang telah mendapat pengiktirafan daripada agensi-agensi kerajaan Malaysia seperti yang berikut:
- Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
- Majlis Pergigian Malaysia (MDC)
- Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
- Persatuan Farmasi Malaysia (MPS)
Selain menawarkan bidang perubatan kepada pelajar, universiti ini juga menawarkan sambungan pengajian ke bidang farmasi dan pergigian. Untuk maklumat yang lebih lanjut, sambungan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan dan pergigian memerlukan tempoh pengajian selama 5 ½ tahun. Bagi bidang farmasi pula, tempoh pengajian adalah selama 4 ½ tahun.
Selain menawarkan peluang untuk sambung pengajian di USU, Daulah Educonsult turut menawarkan kepada lepasan pelajar untuk ke universiti pilihan lain sekitar Indonesia, Rusia, Mesir, Poland, dan Bangladesh. Pihak Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi mana-mana platform di bawah.
Website : http://daulahmedic.com/ Facebook : Daulah Educonsult Youtube : Daulah Educonsult Email : daulahmedic@gmail.com Nombor pejabat : 03-92851322 Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322 Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)