Negara Rusia merupakan sebuah negara di Eropah yang banyak membuka peluang kepada pelajar luar negara untuk melanjutkan pengajian di negara mereka. Bilangan jumlah universiti dikatakan agak tinggi dan kualiti pendidikan yang ditawarkan adalah antara yang terbaik. Dengan wujudnya perkara ini, tidak dinafikan Rusia menjadi salah satu negara maju yang mampu berkembang dengan baiknya.

Buat pelajar Malaysia yang berminat untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di luar negara, pendaftaran boleh dilakukan menerusi Daulah Educonsult. Pendaftaran kemasukan bagi tahun 2021 telah pun dibuka dan kemasukan terawal adalah pada bulan Jun dan September.

Tidak hanya menawarkan universiti yang bermutu dengan kemudahan yang sangat pelbagai, universiti-universiti tersebut juga merupakan universiti yang diiktiraf MQA. Dengan itu, para pelajar tidak perlu bimbang akan kelayakan sijil pengajian yang bakal diperoleh. Berikut adalah antara universiti yang ditawarkan di Rusia:

Kursk State Medical University

Kursk State Medical University atau KSMU Menawarkan dua program kepada pelajar iaitu Pra-Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Perubatan. Ditubuhkan pada tahun 1935, ia merupakan sebuah universiti perubatan yang berada di kedudukan yang sangat baik di Rusia. KSMU juga merupakan di antara universiti pertama yang menawarkan latihan pengajian perubatan di dalam bahasa Inggeris.

BACA JUGA :   Ayuh Kita Nikmati Keindahan Bandar Bandung, Indonesia

Pelajar boleh belajar di dalam bahasa Inggeris sepenuhnya, dan mempelajari bahasa Rusia sebagai pendidikan sampingan. Ia juga mempunyai pelbagai kemudahan dan fasiliti yang sangat baik dan lengkap.

I.M. Sechenov First Moscow State Medical University

Turut menawarkan bidang Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang perubatan, ianya merupakan antara institusi pendidikan tinggi tertua dan terbesar di Rusia. Selama lebih 250 tahun menyumbang dalam sektor pendidikan, universiti ini memainkan peranan yang penting di dalam pembangunan medikal Sains dan latihan kakitangan perubatan dan saintifik.

Volgograd State Medical University

Terletak di bahagian selatan Rusia, ia merupakan sebuah universiti yang mempunyai ramai kakitangan pengajar yang berkelayakan tinggi. Ia telah mula melatih pelajar antarabangsa sejak tahun 1962. Adapun begitu, hanya pada tahun 2002, ia telah memberikan latihan pengajian perubatan di dalam Bahasa Inggeris.

Saint Petersburg University

Mempunyai pelbagai program menarik kepada pelajar, ia merupakan universiti tertua yang telah dibangunkan di Rusia. Yuran yang ditawarkan di universiti ini adalah lebih rendah berbanding negara setara seperti Amerika Syarikat, Kanada dan United Kingdom. Antara program terkenal yang ditawarkan kepada pelajar luar negara adalah bidang Pengurusan Perniagaan Antarabangsa.

BACA JUGA :   Ketahui Kelebihan Sambung Belajar Bidang Perubatan Di KSMU, Rusia

Moscow Aviation Institute

Menumpukan ke arah bidang pengajian kejuruteraan pesawat, institusi pendidikan tinggi ini turut menawarkan Ijazah Sarjana Muda kepada pelajar luar negara. Ia dilengkapi dengan kemudahan terkini dan tercanggih di dalam sektor Penerbangan dan Sains Roket. Bermula dengan hanya mempunyai tiga jabatan pendidikan iaitu enjin Aeroneutical, Aircraft dan Aerodynamics, ia berkembang kepada 38 jabatan. Institusi ini juga merupakan sebuah universiti yang terkemuka di dunia bagi bidang kejuruteraan aeroangkasa.

Terdapat pelbagai lagi universiti di Rusia yang telah ditawarkan kepada pelajar. Sekiranya pelajar berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan tawaran ini, pelajar boleh berhubung dengan pihak Daulah Educonsult. Konsultan Daulah Educonsult sedia menghulurkan bimbingan yang diperlukan pelajar. Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi mana-mana platform yang berikut.

Website : http://daulahmedic.com/   
Facebook : Daulah Educonsult   
Youtube : Daulah Educonsult 
Email : daulahmedic@gmail.com  
Nombor pejabat : 03-92851322 
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322 
Nombor konsultan utama : 013-2090322(Tuan Syed) 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here