Sambung belajar di luar negara merupakan salah satu impian kebanyakan pelajar Malaysia. Bukannya tidak sudi untuk melanjutkan pengajian di tanah air sendiri, akan tetapi dengan belajar di luar negara, banyak perkara baharu yang boleh diketahui. Daripada mengenali budaya negara lain, kemahiran kendiri juga dapat diasah.

Perkongsian pelajar ketika mereka bersiar-siar.

Jika anda di antara mereka yang masih menyimpan impian untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, pastikan anda baca entri ini sehingga tamat. Untuk permulaan, pengajian di luar negara merupakan satu perkara yang sangat penting. Perkara ini melibatkan undang-undang negara dan hak pelajar. Oleh itu, jika tidak diuruskan dengan baik, mungkin akan berlaku beberapa perkara yang tidak diingini.

Di sinilah perlunya agensi konsultasi pendidikan. Tidak hanya memberikan pandangan berkenaan kesesuaian bidang yang boleh dipelajari, bimbingan untuk sambung pengajian turut boleh diberikan. Untuk anda yang berminat, anda boleh dapatkan bimbingan daripada Daulah Educonsult.

DAULAH EDUCONSULT

Daulah Educonsult bukan sekadar memberikan bimbingan konsultasi pendidikan, malahan menawarkan peluang untuk anda sambung pengajian di luar negara. Pelbagai tawaran bidang pengajian dan universiti yang boleh dipilih. Antara pilhan negara yang ditawarkan adalah Rusia, Indonesia, Poland, Bangladesh dan Mesir.

BACA JUGA :   Liputan 5G Pada Tahun 2025 di Singapura

Dengan pilihan-pilihan negara yang ada, terdapat juga universiti-universiti yang ditawarkan mengikut kesesuaian kehendak pelajar. Universiti-universiti yang ditawarkan juga merupakan universiti yang telah mendapat pengiktirafan. Antara bidang pengajian yang ditawarkan ialah:-

    • Perubatan
    • Farmasi
    • Pergigian
    • Veterinar
    • Pengurusan Perniagaan Antarabangsa
    • Kejuruteraan Pesawat
    • Kejuruteraan Awam
    • Usuluddin
    • Syariah
    • Bahasa Arab dan lain-lain lagi.

Sesi kemasukan adalah berbeza mengikut universiti, oleh itu, untuk mendapatkan maklumat yang tepat, bimbingan daripada konsultan Daulah Educonsult adalah perlu. Sebagai umumnya, sesi kemasukan semua universiti adalah pada bulan Jun dan September. Akan tetapi hanya Bangladesh memulakan sesi kemasukan pada bulan Januari. Sebelum sesi kemasukan dimulakan, pelajar perlu menyiapkan diri sekurang-kurangnya satu bulan awal.

Berikut adalah universiti-universiti yang ditawarkan mengikut negara:-

RUSIA

  • Kursk State Medical University
  • Volgograd State Medical University
  • Piroshky  Research Medical University
  • I.M. Sechenov First Moscow State Medical University
  • Moscow Aviation Institute
  • Saint Petersburg University

INDONESIA

  • Universitas Sumatera Utara
  • Universitas Airlangga
  • Universitas Hasanuddin
  • Universitas Padjadjaran
  • Institut Pertanian Bogor
  • Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim
  • Universitas Islam Negeri Ar-Raniry

POLAND

  • Medical University of Lodz
  • Medical University of Warsaw
  • Warsaw University of Technology
  • Vistula University
  • Vincent Pol University

BANGLADESH

  • Mymensingh Medical College
  • Dhaka Medical College
  • Dhaka Dental College
  • Chittagong Medical University
  • Bangladesh Agriculture University

MESIR

  • Universiti Al-Azhar
  • Universiti Mansoura
  • Universiti Cairo
  • Universiti Zagazig
  • Universiti Alexandria
BACA JUGA :   Malaysia mampu terajui segmen animasi Asia Tenggara?

Tawaran ini adalah untuk lanjutan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Peluang juga dibuka kepada anda yang merupakan pelajar lepasan SPM, IGCSE, STPM, STAM, Diploma, O & A-Level, Matrikulasi, Diploma dan lain-lain lepasan setaraf. Ayuh daftar kemasukan ke universiti luar negara segera bersama Daulah Educonsult. Pihak Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi:

Website : http://daulahmedic.com/   
Facebook : Daulah Educonsult   
Youtube : Daulah Educonsult  
Email : daulahmedic@gmail.com  
Nombor pejabat : 03-92851322 
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322  
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here