Bidang kejuruteraan merupakan salah satu bidang yang paling diminati kerana mempunyai pelbagai bidang luas yang boleh dipelajari. Tidak hanya itu, bidang kejuruteraan juga diminati kerana lepasan pelajar mempunyai banyak peluang pekerjaan yang boleh dipilih. Permintaan dalam pelbagai bidang kejuruteraan dikatakan sangat diperlukan dan kepakaran ini meliputi keinginan terhadap kehendak semasa.

Oleh yang demikian, jika anda merupakan seorang pelajar lepasan SPM/ IGCSE/ STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ Diploma atau lain-lain lepasan setaraf yang berminat untuk menyambung pengajian di dalam bidang kejuruteraan di universiti luar negara, pastikan anda membaca artikel ini sehingga tamat.

Untuk permulaan, terdapat pelbagai bidang pengajian dalam bidang kejuruteraan yang ditawarkan kepada pelajar. Adapun begitu, jika anda mahu mengetahui apakah bidang yang sesuai dengan diri anda, anda boleh berhubung dengan pihak Daulah Educonsult. Daulah Educonsult merupakan sebuah agensi konsultasi pendidikan yang menawarkan khidmat konsultasi secara percuma.

Tambahan daripada itu, Daulah Educonsult juga menawarkan peluang pendaftaran kepada pelajar untuk sambung belajar di luar negara. Jika pelajar berminat dengan mana-mana tawaran kemasukan ke universiti luar negara terpilih, pelajar boleh mendaftar terus bersama Daulah Educonsult. Antara universiti kejuruteraan yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult adalah seperti yang berikut.

BACA JUGA :   Sambung Belajar Dalam Bidang Perubatan Di Luar Negara Bersama Daulah Edconsult

POLAND

Vistula University

Menawarkan bidang kejuruteraan dan ditubuhkan pada tahun 1922. Ia merupakan sebuah universiti bukan awam kedua yang terletak di Poland. Perpustakaan di universiti ini memiliki hampir 120,000 koleksi bahan rujukan. Suasana yang selesa dan kemudahan lengkap membuatkan pelajar berminat untuk sambung pengajian di sana. Acara tahunan universiti yang menjadi aktiviti sosial memberikan peluang kepada pelajar untuk bergaul dengan rakan sekuliah atau seuniversiti yang lain.

Warsaw Universiti of Technology

Dibina pada tahun 1915, ia merupakan antara universiti tertua yang ada di Poland. Menjalankan acara kebudayaan seperti sambutan perayaan, pameran dan lain-lain menjadikan ianya sebagai antara pusat kebudayaan negara. Terdapat dua buah fakulti yang ditawarkan kepada pelajar luar negara iaitu fakulti kejuruteraan awam dan kejuruteraan elektrik.

RUSIA

Moscow Aviation Institute

Ditubuhkan pada tahun 1920 sebagai langkah untuk melatih kakitangan dalam industri penerbangan, institusi ini didirikan di tengah-tengah bandar Moscow. Kemudahan dan tempat pembelajaran yang sedia lengkap membolehkan ianya menjadi salah sebuah institusi pendidikan pilihan pelajar. Memfokuskan pada pengajian bidang kejuruteraan pesawat, pusat latihan semestinya penting untuk pelajar menjalankan latihan amali.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Ejen Konsultan Terbaik Anda !

Jika pelajar berjaya untuk menamatkan pengajian di mana-mana bidang kejuruteraan, pelajar boleh memilih sama ada untuk mendapatkan pekerjaan di dalam atau luar negara. Oleh yang demikian, pastikan anda mendaftar kemasukan segera bagi sesi September 2021. Pendaftaran boleh dilakukan terus bersama pihak Daulah Educonsult.

Klik untuk pra-daftar

Selain bidang kejuruteraan, terdapat beberapa lagi bidang pilihan yang ditawarkan. Antaranya adalah perubatan, pergigian, farmasi, usuluddin, syariah, Bahasa Arab dan lain-lain lagi. Negara-negara pilihan pula terdiri daripada Rusia, Indonesia, Poland, Bangladesh dan Mesir. Pihak Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi:

Website : http://daulahmedic.com/   
Facebook : Daulah Educonsult   
Youtube : Daulah Educonsult  
Email : daulahmedic@gmail.com  
Nombor pejabat : 03-92851322 
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322  
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here