Credit: google malaysian insight

Pada 5 Mei 2021, telah berlangsung satu sidang media khas oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. Antara isi utama di dalam sidang media tersebut adalah penutupan bazar Ramadan bermula 8 Mei diseluruh negeri Selangor. Kerajaan Negeri mengharapkan para peniaga dapat menyelesaikan segala pengurusan perniagaan sebelum Sabtu ini.

Tambahan dari itu, kerajaan Selangor juga mengumumkan bahawa penjaja bazar Ramadan  yang terjejas akan mendapat bantuan sebanyak RM500. Setakat ini kerajaan telah mengenal pasti sebanyak 11,000 peniaga yang akan terjejas akibat penutupan bazar Ramadan ini. Pembayaran bantuan ini akan disalurkan kepada penjaja selepas 1 Syawal ini.

Ia akan dibuat melalui pendaftaran dengan pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di mana lesen di peringkat PBT ini akan dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam sistem. Bantuan tersebut akan dimasukkan ke dalam akuan yang telah didaftarkan di PBT.

BACA JUGA :   Sekolah Pertama Menggunakan Sistem Biometrik Untuk Pelajar.

Bagi bazar Raya dan pasar malam, ianya dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan syarat yang ketat. SOP yang dikenakan adalah seperti waktu operasi sehingga 10 malam sahaja. Jumlah pengunjung ditentukan mengikut keluasan premis perniagaan, dan hanya 50% sahaja yang dibenarkan masuk. Selain itu, kerajaan Selangor mewajibkan penggunaan sistem nombor giliran dan mengekang kemasukan kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah.

Antara syarat lain yang dijalankan di Selangor adalah buffet dan ‘dine-in’ di restoran atau premis perniagaan tidak dibenarkan. Dan SOP lain adalah mengikut SOP umum bagi negeri yang dikenakan PKP. Waktu operasi perkhidmatan oleh Prasarana dijalankan seperti biasa iaitu dari pukul 6 pagi sehingga 12 tengah malam.

Akhir sekali, kerajaan negeri memutuskan untuk menutup semua sekolah di bawah kelolaan KPM dan JAIN. Kerajaan ini juga mengharapkan sekolah-sekolah atau institusi pendidikan swasta melakukan perkara yang sama. Sesi PdPR akan dilangsungkan bagi menggantikan kelas bersemuka.

BACA JUGA :   Aktiviti sukan dan kokurikulum dibenarkan di sekolah bermula 1 Spetember

Sumber: Sidang Media Khas Menteri Besar Selangor, 5 Mei 2021

Jana pendapatan tambahan menerusi perkongsian referral code akaun Safer anda. Anda boleh menjana pendapatan pasif dengan cara berkongsikan referral code kepada mereka di luar sana yang masih belum mempunyai akaun Safer.

Anda bakal memperoleh 1% daripada nilai resit pendaftar referral anda apabila mereka menempah mana-mana perkhidmatan Safer. Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak Safer adalah Safer Ride, Safer Food dan Safer Delivery. Untuk ketahui pelbagai promosi menarik yang ditawarkan oleh Safer, ikuti Safer menerusi platform media sosial seperti yang berikut:

Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here