Disebabkan keadaan pandemik di seluruh dunia yang menunjukkan peningkatan, serta penyebaran varian baharu yang semakin mengganas, Singapura memutuskan untuk tidak menghantar rombongan haji pada tahun ini. Perkara ini telah diputuskan untuk mengelakkan penyebaran virus COVID-19 dengan lebih meluas.

Pihak Majlis Agama Islam Singapura (MUIS) menyatakan bahawa meskipun kebanyakan negara sudah memulakan langkah vaksinasi, kadarnya masih lagi dikira masih rendah pada ketika ini. Keputusan diambil kerana kebanyakan negara mengalami gelombang jangkitan baharu.

Adapun begitu, pihak MUIS tidak merendahkan pengurusan pandemik Arab Saudi. MUIS yakin sepenuhnya dengan pihak pengurusan pandemik dan langkah-langkah yang telah disusun sekiranya ibadah Haji pada tahun ini diteruskan.

Tangguhan ini diambil atas faktor pertimbangan negara sendiri untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan jemaah warga Singapura. Pihak MUIS dikatakan akan mengatur semula giliran bagi jemaah haji ke tahun berikutnya.

BACA JUGA :   Jemaah Haji Diwajibkan Untuk Mengambil Vaksin COVID-19.

Bagi kerajaan Malaysia pula, keputusan penghantaran rombongan masih lagi belum dipastikan. Setakat ini, pihak Lembaga Tabung Haji (TH)masih lagi menunggu keputusan rasmi daripada pihak kerajaan Arab Saudi berkenaan jumlah kuota jemaah, kriteria pemilihan dan kaedah pelaksanaan ibadah Haji untuk tahun ini.

Pihak TH hanya menasihati bakal jemaah untuk bersedia di samping menunggu keputusan rasmi ini. Semua bakal haji disaran untuk melakukan persiapan dari segi ilmu, kesihatan, rohani dan jasmani serta kewangan. Bakal haji juga dinasihatkan supaya sedia menerima suntikan vaksin COVID-19 dan suntikan meningococcal.

Haji merupakan satu daripada lima Rukun Islam yang bergantung kepada berkemampuan (istito’ah) dari segi kesihatan, kewangan, perjalanan yang selamat, serta terpilih dalam giliran kuota haji.

BACA JUGA :   Vape Bakal Diharamkan Di Singapura Bermula Februari

Sumber: BERNAMA

Anda berminat untuk menjana pendapatan sebagai rakan penghantar atau pemandu? Sertai komuniti Safer sekarang untuk nikmati promosi tiada caj penolakan komisen!

Anda hanya perlu mendaftarkan diri dan kenderaan anda mengikut dokumen dan butiran yang diperlukan semasa pendaftaran. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan peluang ini, anda boleh hubungi pihak Safer menerusi mana-mana pautan berikut:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here