Lebih kurang seminggu lebih sahaja lagi kita akan meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Dengan itu, pelbagai perkara perlu dititikberatkan kerana COVID-19 masih lagi berada di dalam kalangan komuniti Malaysia. Antara perkara yang menjadi tumpuan utama adalah prosedur operasi standard sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) telah menggariskan beberapa perkara berhubung penguatkuasaan SOP. Sidang media yang telah dilakukan secara tidak langsung memberikan kesan kepada perjalanan SOP di Malaysia sepanjang Aidilfitri.

Antara tumpuan utama terhadap sidang media yang dilakukan adalah pelaksanaan PKP di beberapa daerah negeri Selangor. Daerah tersebut merupakan daerah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Klang. Bagi daerah selebihnya iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor, PKPP masih berlangsung.

BACA JUGA :   COVID-19 : 14 Januari Catat Kes Positif Harian Tertinggi

Pelaksanaan ini akan dilakukan bermula 6 Mei sehingga 17 Mei 2021. Keputusan diambil berdasarkan berlakunya peningkatan mendadak kes COVID-19 di kawasan sekitar Selangor khususnya. Oleh itu, segala pergerakan rendah daerah dan negeri adalah dilarang sama sekali kecuali dengan kes kecemasan, kematian dan kerja.

Enam daerah di Selangor menyertai negeri Kelantan dan lima daerah di Kedah yang dikenakan PKP. Dengan perubahan ini, berikut adalah antara SOP Aidilfitri yang perlu diikuti:

Sumber infografik: BERNAMA

Adapun begitu, dalam masa yang terdekat, Menteri Besar Selangor dijangka akan mengadakan pengumuman berkenaan pembukaan sekolah dan bazar di sekitar Selangor.

Sumber: Astro Awani

Anda sedang menjalankan perniagaan makanan secara kecil-kecilan? Merasakan tidak mampu untuk bertahan di kala pandemik? Ayuh sertai Safer untuk menjalankan perniagaan secara dalam talian.

BACA JUGA :   Tempat cantik tapi tak ramai pelancong datang ?

Dengan hanya memberikan beberapa dokumen sokongan dan butiran perniagaan, anda sudah boleh menjalankan perniagaan secara online dengan percuma. Untuk maklumat lanjut, pihak Safer boleh dihubungi menerusi:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram :https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter :https://twitter.com/SAFERofficial
TikTokhttps://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here