Anda merupakan pelajar lepasan SPM, IGCSE, O-Level, Asasi, Matrikulasi, Diploma dan lain-lain? Mahu lanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu di peringkat Ijazah Sarjana Muda? Ketahui pilihan-pilihan universiti di Indonesia yang menawarkan bidang pengajian yang menarik kepada pelajar luar negara.
Indonesia merupakan sebuah negara yang sangat hampir dengan Malaysia. Disebabkan kedua-dua buah negara ini berjiran, terdapat persamaan di dalam bahasa komunikasi yang digunakan. Oleh itu, jika pelajar berminat untuk sambung belajar di Indonesia, ia mungkin tidak sesukar di negara-negara lain yang menggunakan bahasa yang berbeza. Pelajar boleh mendengar kuliah atau berhubung dengan tenaga pengajar serta orang awam dengan lebih mudah dan selesa.
Berikut adalah universiti yang ditawarkan di Rusia mengikut bidang pengajian.
Perubatan | Universitas Sumatera Utara Universitas Airlangga Universitas Padjadjaran Universitas Hasanuddin Universitas Andalas |
Pergigian | Universitas Sumatera Utara Universitas Airlangga Universitas Padjadjaran |
Farmasi | Universitas Airlangga Universitas Padjadjaran |
Veterinar | Universitas Airlangga Institut Pertanian Bogor |
Usuluddin | Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Universitas Islam Negeri Ar-Raniry |
Bahasa Arab | Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Universitas Islam Negeri Ar-Raniry |
Syariah | Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Universitas Islam Negeri Ar-Raniry |
Di Indonesia, terdapat dua bidang ketara yang telah ditawarkan oleh pihak Daulah Educonsult. Bidang tersebut adalah bidang sains kesihatan dan bidang pengajian Islam. Kedua-dua bidang tersebut mempunyai syarat kelayakan yang berbeza mengikut bidang yang mahu diceburi. Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon kemasukan ke bidang perubatan.
-
Lepasan SPM, IGCSE, O-Level dan setaraf: Minimum B bagi semua subjek Sains.
-
Lepasan Asasi, Diploma, Matrikulasi, STPM dan setaraf: Minimum CGPA 3.0.
Bagi pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian ke bidang sains kesihatan, pelajar boleh mendapatkan bimbingan daripada pihak Daulah Educonsult sekiranya keputusan tidak menepati syarat kelayakan umum. Berikut pula syarat kelayakan untuk memohon kemasukan ke bidang pengajian Islam:
-
Lepasan SPM, IGCSE, O-Level dan setaraf: Minimum B bagi semua subjek.
-
Lepasan Asasi, Diploma, Matrikulasi, STPM dan setaraf: Minimum CGPA 3.0.
Daulah Educonsult sedia untuk menghulurkan bimbingan yang diperlukan. Pelajar hanya perlu menghubungi konsultan Daulah untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkenaan tawaran sambung belajar ini. Pelajar tidak perlu bimbang kerana universiti yang ditawarkan merupakan universiti yang telah mendapat pengiktirafan daripada agensi kerajaan seperti JPA, MQA, KPT dan lain-lain.
Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi platform yang berikut:
Website : http://daulahmedic.com/ Facebook : Daulah Educonsult Youtube : Daulah Educonsult Email : daulahmedic@gmail.com Nombor pejabat : 03-92851322 Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322 Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)