Dunia pengajian Islam adalah sesuatu yang sangat penting terutama kepada mereka yang bergelar Muslim. Keperluan untuk berguru semasa menuntut ilmu adalah sangat penting. Dengan itu, tiada sesiapa yang boleh memperlekehkan anda sekiranya anda menjadi salah seorang penuntut pengajian agama.

Ditambah dengan pengajian secara formal di peringkat Ijazah Sarjana Muda, anda boleh menjadi seseorang yang mampu untuk menyumbang kepada masyarakat. Peluang untuk menyambung pengajian dalam bidang ini di peringkat Ijazah telah pun dibuka oleh agensi konsultasi pendidikan Daulah Educonsult.

Daulah Educonsult

Peluang ini dibuka kepada para pelajar lepasan SPM, STAM, STPM, Asasi, Diploma, dan mana-mana lepasan setaraf. Antara universiti yang menawarkan tempat kepada pelajar Malaysia untuk mendalami ilmu pengajian Islam adalah di Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau, Indonesia. Sesi kemasukan adalah pada bulan September.

Adapun begitu, permohonan kemasukan boleh dilakukan menerusi Daulah Educonsult bermula sekarang. Anda boleh melakukan booking seat untuk memastikan anda mempunyai tempat semasa sesi kemasukan universiti. Pastikan anda melakukan permohonan dengan segera sementara kuota masih ada dan permohonan masih dibuka.

BACA JUGA :   Sambung Belajar Di Luar Negara Tahun 2021? Ketahui Cara Mudah Untuk Mendaftar.

Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim atau UIN SUSKA merupakan salah satu cawangan universiti UIN yang telah mendapat pengiktirafan daripada MQA, KPT, JPA dan lain-lain. Jadi, pelajar lepasan lulusan UIN SUSKA tidak perlu bimbang sekiranya mahu mencari pekerjaan di Malaysia.

Universiti ini menawarkan pelbagai jurusan program dari pelbagai fakulti. Tempoh pengajian juga adalah selama 4 tahun. Sekiranya pelajar berminat untuk memasuki universiti ini, pelajar perlu memperoleh sekurang-kurangnya lulus bagi semua subjek SPM, sekurang-kurang 3.0 bagi STPM dan setaraf dan MAQBUL bagi STAM.

Namun, sekiranya anda mempunyai kelulusan selain daripada kelayakan minimum, anda boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada konsultan Daulah Educonsult. Mereka akan membantu anda dalam menyelesaikan beberapa masalah yang mungkin anda hadapi.

Antara program yang ditawarkan adalah:
      • Syariah dan Hukum
      • Usuluddin
      • Bahasa Arab
      • Psikologi
      • Dakwah dan Komunikasi
      • Dan lain-lain

Pengajian di UIN SUSKA, Indonesia

Belajar di luar negara semestinya akan memupuk sikap berdikari pada diri pelajar. Adapun begitu, pihak Daulah sedia menghulurkan bimbingan semasa pelajar mendaftarkan diri atau semasa sedang menyambung pengajian. Kos pengajian di universiti ini juga adalah sangat rendah dan berbaloi. Tidak cukup dengan itu, kos sara hidup di Indonesia juga adalah rendah dan masalah komunikasi mungkin tiada langsung.

BACA JUGA :   Sambung Pengajian Ke Maahad Buuth, Mesir Sesi Disember 2020.

Jika pelajar boleh belajar secara bersemuka di universiti, pelajar boleh pulang ke tanah air sekiranya mereka mahu kerana jarak yang sangat dekat dan tambang yang murah. Disebabkan Indonesia juga mempunyai masyarakat yang terdiri daripada masyarakat Muslim, permasalahan untuk mendapatkan makanan halal tidak akan timbul.

Jadi, jika anda benar-benar berminat untuk menerokai dunia pengajian Islam, pastikan anda menjadi salah seorang penuntut di UIN SUSKA. Pendaftaran boleh dilakukan menerusi pihak Daulah Educonsult. Konsultan Daulah Educonsult akan membantu anda dalam menguruskan permohonan.

Selain ke UIN SUSKA, Daulah Educonsult turut membuka peluang sambung belajar di luar negara di universiti yang berbeza-beza.  Jika  anda mahu berhubung terus dengan pihak Daulah Educonsult, anda boleh hubungi konsultan menerusi mana-mana platform di bawah.

Website : http://daulahmedic.com/   
Facebook : Daulah Educonsult   
Youtube : Daulah Educonsult  
Email : daulahmedic@gmail.com  
Nombor pejabat : 03-92851322 
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322  
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here