Adakah anda merupakan di antara peniaga makanan kecil-kecilan? Berniaga dari rumah atau hanya membuka kedai secara kecil-kecilan? Ayuh berdaftar bersama Safer Food sebagai vendor makanan.

Safer kini sedang menjalankan promosi secara besar-besaran di mana anda yang berniaga menerusi platform Safer, tidak akan dikenakan apa-apa caj penolakan komisen. Promosi ini adalah sebagai salah satu inisiatif pihak Safer untuk membantu para peniaga.

Oleh yang demikian, peniaga yang mendaftar sebagai vendor di Safer Food akan mendapat keuntungan penuh. Setiap pembelian atau pemesanan yang dilakukan, pihak Safer tidak akan menolak apa-apa caj penolakan komisen terhadap peniaga.

Jika anda merupakan di antara salah seorang peniaga yang mahu menjalankan perniagaan secara dalam talian. Anda boleh mendaftarkan diri sebagai vendor makanan sekarang. Pendaftaran sebagai vendor dibuka kepada anda semua yang mampu untuk melengkapkan kesemua dokumen dan butiran.

Pendaftaran sebagai vendor Safer boleh dilakukan menerusi pautan https://www.safer.my/sign-up-restaurant. Semasa pendaftaran dilakukan, beberapa maklumat penting perlu dilampirkan antaranya:

    • Lesen perniagaan
    • Lesen SSM
    • Sijil Halal (terutama kepada bukan Muslim)
    • Kad pengenalan
    • Akaun bank
BACA JUGA :   Hasil Jualan Dapat Ditingkatkan Menerusi Safer Food.

Selain itu, jika peniaga mahukan pengaktifan dengan segera, peniaga boleh mengisi secara terus butiran-butiran berkenaan perniagaan yang sedang dijalankan oleh pihak peniaga. Antara butiran-butiran yang diperlukan adalah:

    • Lokasi perniagaan / premis
    • Waktu perniagaan beroperasi
    • Menu makanan yang dijual berserta gambar
    • Harga makanan

Jika kesemuanya telah dikengkapkan, peniaga boleh terus ‘go online’ untuk menerima pesanan secara dalam talian. Pengumuman pemesanan akan berlaku di aplikasi Safer Food Merchant yang telah dimuat turun pihak peniaga.

Aplikasi ini merupakan aplikasi yang akan digunakan pihak peniaga untuk menerima dan menganalisis transaksi yang telah dijalankan menerusi Safer. Akaun peniaga akan dimiliki sepenuhnya oleh peniaga, oleh yang demikian, peniaga boleh mengubah apa-apa tetapan jika dirasakan perlu.

BACA JUGA :   Caj Harga Mesra Pengguna Dengan Menggunakan Safer Delivery
Aplikasi tersebut boleh dimuat turun menerusi:

Peniaga tidak perlu bimbang! Pendaftaran adalah secara percuma sahaja dan anda boleh menentukan bilakah masa yang sesuai untuk anda menerima pesanan. Jika anda tidak memahami bagaimana sistem kami berfungsi atau mempunyai permasalahan untuk mendaftar, anda boleh sertai kelas bersama pihak Safer Food.

Kelas ini dibuka kepada anda melalui tempahan slot dan dijalankan secara dalam talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tempahan slot boleh dilakukan menerusi pautan di bawah:

>> https://bit.ly/KelasBersamaSaferFood <<

Adapun, jika anda mempunyai permasalahan yang perlu diselesaikan dengan segera, anda boleh berhubung dengan pihak Safer menerusi mana-mana platform yang berikut:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here