Mesir merupakan di antara salah sebuah negara yang agak terkenal kepada pelajar untuk sambung pengajian di sana. Hal ini kerana ramai sarjana Islam hebat terlahir setelah mendapat pengajian di sekitar Mesir. Selain itu, ia merupakan antara bumi bersejarah yang menyimpan pelbagai jenis ilmu pengetahuan.
Oleh yang demikian, jika anda merupakan salah seorang pelajar yang mahu menyambung pengajian di Mesir, lakukan permohonan sekarang! Tempoh masa ini lakukan permohonan ke Mesir adalah sangat pendek. Dengan itu, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk sambung pengajian di salah satu universiti di Mesir.
Adapun begitu, syarat kemasukan ke universiti sekitar Mesir yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) adalah sangat ketat. Antara syarat kemasukan yang telah ditetapkan adalah ia hanya terbuka kepada pelajar lepasan SPM, STAM dan Diploma Qiraat sahaja.
Dalam pada itu, bidang Pergigian dan Farmasi hanya boleh dimohon oleh pelajar lepasan SPM. Syarat kelayakan memerlukan pelajar memperoleh minimum B bagi kesemua subjek. Antara subjek-subjek tersebut terdiri daripada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Biologi, Fizik dan Kimia.
Antara pilihan universiti yang telah ditawarkan di sekitar Mesir adalah:
-
-
- Al-Azhar University (Pergigian)
- Alexandria University (Pergigian, Farmasi)
- Kaherah University (Pergigian, Farmasi)
- Ain-Shams University (Pergigian)
- Tanta University (Pergigian)
- Zagazig University (Farmasi)
-
Pelajar boleh memilih untuk memasuki satu bidang pilihan sahaja dan permohonan dibuat untuk kemasukan tahun 2021. Pastikan pelajar sentiasa peka dengan tarikh tutup permohonan kerana tawaran mungkin hanya dibuka sekali sahaja.
Untuk memudahkan urusan permohonan dan pendaftaran, pelajar boleh lakukan permohonan kemasukan menerusi Daulah Educonsult. Daulah Educonsult merupakan sebuah agensi konsultasi pendidikan yang boleh membimbing pelajar dan mencadangkan peluang terbaik yang boleh dipilih pelajar.
Anda boleh mendapatkan sesi konsultasi bersama Daulah Educonsult menerusi mana-mana platform yang berikut.
Website : http://daulahmedic.com/ Facebook : Daulah Educonsult Youtube : Daulah Educonsult Email : daulahmedic@gmail.com Nombor pejabat : 03-92851322 Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322 Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)
Selain menawarkan peluang permohonan ke Mesir, Daulah Educonsult juga menawarkan peluang untuk melakukan permohonan kemasukan ke Rusia, Indonesia, Poland dan Bangladesh. Jika pelajar mahu mendapatkan maklumat penuh berkenaan proses pendaftaran, cara pembayaran yuran dan sebagainya, pelajar boleh berhubung terus dengan pihak Daulah Educonsult.
Jika keputusan anda merasakan keputusan anda tidak menempati mana-mana syarat kelayakan kemasukan ke universiti, Daulah Educonsult sedia membantu anda. Konsultan Daulah boleh dihubungi pada bila-bila masa dalam waktu bekerja. Ayuh, realisasikan impian anda bersama Daulah Educonsult.