Semenjak berutusnya titah daripada Majlis Raja-Raja berkenaan kebenaran pembukaan Parlimen yang tidak boleh dilengahkan. Pelbagai pihak daripada parti politik mula menggerakkan ahli-ahli mereka. Beberapa DUN telah menyatakan hasrat mereka untuk mula bersidang bila-bila masa pada bulan Ogos.

Kebanyakannya memutuskan untuk mula bersidang sekitar 12 Ogos tahun ini. Hal ini ditambah dengan kenyataan daripada Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon. Kata beliau, parlimen sudah mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk melaksanakan persidangan Dewan Rakyat secara hibrid.

Persidangan hibrid ini boleh dilaksanakan pada bila-bila masa apabila diperlukan. Adapun begitu, masih belum ada tarikh tertentu untuk melakukan sidang Dewan Rakyat. Jika mengikut kepada Peraturan Mesyuarat, pemberian notis 28 hari sebelum persidangan bermula adalah diperlukan.

BACA JUGA :   Kes Pulih COVID-19 Masih Mencatatkan Angka Tinggi.
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia (sebagai hiasan)

Dengan terjadinya persidangan secara hibrid ini, ia mungkin melakar sebuah lagi sejarah baharu kepada Malaysia. Hal ini tidak dapat dielakkan kerana negara masih lagi berdepan dengan pandemik COVID-19.

Tambah beliau, Speaker Dewan bakal berdepan cabaran baharu apabila hanya ada paparan skrin sahaja untuk melihat Ahli-ahli Parlimen. Jika benar ia berlaku, terdapat beberapa peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang perlu dipinda.

Antara peraturan tersebut adalah berkaitan pada Perlembagaan Persekutuan Perkara 62 Tatacara Parlimen. Jika persidangan hibrid ini diteruskan, Ahli Parlimen yang perlu hadir secara bersemuka di Dewan Rakyat adalah seramai 26 Ahli Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Adapun begitu, ia masih lagi bergantung kepada keperluan semasa dan perutusan-perutusan yang akan datang.

BACA JUGA :   Rakyat Menjadi Penentu Kejayaan dalam Memerangi COVID-19
Sumber: BERNAMA

Anda mahu menjana pendapatan tambahan semasa PKP masih lagi berlangsung? Ayuh jadi sebahagian daripada frontliner rakyat Malaysia! Safer masih lagi mencari rakan penghantar dan pemandu untuk menjalankan kerja-kerja penghantaran.

Selain menjana pendapatan melalui kerja-kerja penghantaran, rakan penghantar dan pemandu juga berpeluang untuk jana pendapatan pasif. Selain itu, Safer juga menawarkan promosi ‘Zero Commission’ di mana tiada caj penolakan komisen yang akan dikenakan oleh pihak Safer. Mahu ketahui tawaran ini dengan lebih lanjut? Hubungi pihak Safer di:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here