Anda memerlukan pekerjaan tambahan sebagai rakan penghantar semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0)? Tidak mahu hanya bergantung kepada satu pendapatan sahaja? Ayuh sertai Safer sebagai rakan penghantar sekarang!

Safer menawarkan peluang pekerjaan sebagai rakan penghantar di mana anda boleh melakukan kerja penghantaran barangan dan makanan. Kerja penghantaran ini dilakukan menerusi perkhidmatan Safer Delivery dan Safer Ride yang telah ditawarkan oleh pihak Safer.

Peluang ini dibuka kepada anda di luar sana yang berjaya untuk memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Adapun begitu, kelayakan untuk menjadi rakan penghantar adalah lebih mudah berbanding menjadi rakan pemandu.

Tambahan daripada itu, rakan penghantar atau pemandu Safer layak untuk menjalankan pekerjaan bersama Safer sama ada secara full-time atau part-time. Dengan ini, rakan penghantar boleh memilih sama ada mahu menjalankan pekerjaan pada bila-bila masa sahaja.

Antara syarat kelayakan untuk menjadi rakan penghantar Safer adalah:
    • Mempunyai kenderaan seperti motosikal, kereta, van, lori dan lain-lain.
    • Memiliki lesen memandu yang sah.
    • Mempunyai telefon pintar dengan akses internet (Android atau iOS).

Sebagai rakan penghantar, anda tidak memerlukan lesen PSV atau insurans e-hailing. Akaun anda sudah boleh diaktifkan dengan syarat anda memenuhi segala lampiran dokumen yang diperlukan seperti:

    • Geran kenderaan
    • Insurans kenderaan
    • Road tax
    • Kad pengenalan
    • Akaun bank
BACA JUGA :   Daftar Sebagai Vendor Di Safer Food Merchant.

Permohonan untuk menjadi rakan penghantar boleh dilakukan menerusi pautan https://tinyurl.com/y9tj7vv2. Anda tidak perlu bimbang kerana permohonan untuk menjadi rakan penghantar adalah percuma sahaja. Anda hanya perlu isi segala maklumat penting yang diperlukan dan menunggu pengaktifan akaun oleh pihak Safer.

Selain menjadi rakan penghantar, anda juga boleh menjadi rakan pemandu yang melakukan kerja penghantaran penumpang. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak Safer adalah Safer Ride dan Safer Swift. Kedua-dua perkhidmatan ini merupakan khidmat e-hailing yang telah ditawarkan pihak Safer.

Safer Ride membolehkan anda menghantar penumpang menggunakan pelbagai jenis jenama kereta, dan juga menggunakan motosikal. Sebagai kata mudah, Safer Ride adalah penghantaran penumpang menggunakan kereta dan Safer Swift merupakan khidmat penghantaran penumpang menggunakan motosikal.

Untuk menjadi rakan pemandu, syarat yang berbeza telah diaplikasikan. Antara syarat tersebut adalah:
    • Mempunyai kenderaan sama ada kereta atau motosikal.
    • Tahun buatan kenderaan 2012 dan ke atas.
    • Memiliki lesen kenderaan yang sah dan penuh.
    • Mempunyai telefon pintar dengan akses internet (Android atau iOS).
    • Memiliki lesen PSV dan insurans e-hailing.
# Lesen EVP akan diuruskan oleh pihak Safer.

Jika anda telah memenuhi segala dokumen dan butiran yang diperlukan, anda boleh memuat turun aplikasi Safer Driver untuk mula melakukan tetapan dan persediaan menerima tugasan. Aplikasi tersebut boleh dimuat turun menerusi:

Anda perlu cepat-cepat lakukan pendaftaran kerana Safer sedang menjalankan promosi kosong peratus penolakan caj komisen. Dengan promosi ini, anda tidak akan dikenakan apa-apa caj sepanjang melakukan pekerjaan bersama Safer.

Dalam pada itu, anda juga boleh menjana pendapatan tambahan melalui perkongsian referral code. Perkongsian ini boleh dilakukan menerusi fungsi “Invite Your Friend”. Dengan cara ini, anda bakal terima 1% pulangan daripada nilai transaksi yang telah pendaftar referral lakukan menerusi aplikasi Safer.

Semakin ramai orang mendaftar menggunakan kod anda, semakin tinggi pulangan yang boleh diterima. Jadi, setelah anda mendaftar sebagai rakan penghantar dan pemandu, anda juga layak untuk jana pendapatan pasif di samping melakukan kerja penghantaran.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung terus dengan pihak Safer menerusi:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here