BIDANG VETERINAR

Bidang veterinar dikatakan adalah salah satu bidang yang menawarkan pekerjaan yang mencabar buat para pengamalnya. Hal ini dikatakan kerana doktor haiwan merupakan antara mereka yang perlu mengendalikan pesakit yang tidak boleh berkomunikasi dengan manusia. Seperti yang diketahui, haiwan tidak dapat berkomunikasi dengan manusia sebagaimana manusia sesama manusia.

Atas faktor ini, para Veterinarian diangkat sebagai mereka yang sangat dihormati di negara-negara maju. Disebabkan mempunyai cara komunikasi dan berlainan, Veterinarian hanya boleh mengambil analisis atau diagnosis yang telah disampaikan oleh pemilik atau penjaga haiwan.

Veterinarian bukan sekadar perlu menyelamatkan haiwan semata, malahan mereka adalah barisan hadapan yang akan berdepan dengan gejala zoonotik. Zoonotik merupakan penyakit yang boleh menjangkiti manusia melalui haiwan. Siapa lagi yang boleh membantu dalam mengekang penularan ini jika bukan daripada para veterinarian?

Selain itu, pekerjaan melalui bidang veterinar memerlukan kepelbagaian di mana veterinarian perlu memberikan bantuan lebih dari satu jenis makhluk spesies. Dengan itu, para veterinar tidak boleh memilih dan memberikan bantuan yang sama rata kepada semua jenis haiwan.

PELUANG KERJAYA

Untuk pengetahuan anda, pelajar yang sudah mendapat sijil dalam bidang veterinar tidak semestinya perlu membuka klinik haiwan atau pusat penjagaan haiwan. Mereka boleh memilih pelbagai jenis pekerjaan di dalam bidang ini. Antara jenis yang boleh dimohon adalah:

      • ‘Food animal practice’ (ladang-ladang),
      • Praktis Ekuin,
      • Praktis eksotik dan hidupan liar,
      • Badan polisi dan penasihat seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Malaysian Police, Royal Malaysian Armed Forces and Royal Customs.
BACA JUGA :   Pengajian Bidang Farmasi di Universiti diiktiraf di Indonesia

Selain daripada itu, bidang veterinar ini adalah bidang yang agak sukar untuk diceburi, hanya mereka yang benar-benar mempunyai kekuatan mental sahaja mampu untuk menceburi bidang ini. Tambahan daripada itu, bidang veterinar di Malaysia adalah tidak banyak ditawarkan.

PELUANG SAMBUNG BELAJAR

Antara universiti dalam negara yang menawarkan Sijil Ijazah Sarjana Muda di bawah Perubatan Veterinar adalah di Universiti Putra Malaysia dan di Universiti Malaysia Kelantan. Untuk memasuki bidang ini di dalam negara adalah sedikit sukar atau mungkin anda tidak melepasi syarat kelayakan yang sepatutnya.

Namun begitu, anda tidak perlu bimbang! Daulah Educonsult sedia menawarkan peluang untuk merealisasikan impian anda. Bukan sekadar menawarkan peluang untuk sambung belajar ke universiti luar negara, bimbingan kepada pelajar juga akan diberikan. Jika anda berminat untuk sambung pengajian dalam bidang veterinar di universiti luar negara, berikut adalah universiti luar negara yang menawarkan bidang tersebut.

      1. Universitas Airlangga, Indonesia
      2. Institut Pertanian Bogor, Indonesia
      3. Bangladesh Agricultural Institute, Bangladesh
BACA JUGA :   Trend Sambung Bulu Mata: Bahaya Atau Tidak?

Peluang untuk memasuki mana-mana universiti dalam bidang sains veterinar terbuka kepada pelajar lepasan SPM, IGCSE, STPM, Asasi, Matrikulasi, Diploma dan lain-lain. Untuk mengetahui syarat kelayakan yang diperlukan, anda boleh berhubung terus dengan pihak Daulah Educonsult. Pilihan universiti yangditawarkan telah mendapat pengiktirafan daripada pihak MQA.

Daulah Educonsult sedia menjawab pertanyaan anda berkenaan cara pendaftaran atau memberikan bimbingan yang sepatutnya. Selain menawarkan bidang veterinar, terdapat pelbagai lagi bidang lain yang ditawarkan. Antara bidang tersebut adalah perubatan, pergigian, farmasi, usuluddin, syariah, kejuruteraan pesawat dan lain-lain.

Pihak Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi:
Website : http://daulahmedic.com/   
Facebook : Daulah Educonsult   
Youtube : Daulah Educonsult  
Email : daulahmedic@gmail.com  
Nombor pejabat : 03-92851322 
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322  
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here