Seiring dengan saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), rakyat Malaysia digalakkan untuk mengoptimumkan penggunaan platform dalam talian. Dengan cara ini, rakyat tidak perlu keluar dari rumah dengan kerap untuk membeli barang keperluan harian. Sektor e-hailing dan p-hailing adalah salah satu sektor perkhidmatan perlu yang boleh beroperasi sepanjang Lockdown.

Dengan itu, rakyat boleh menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mana-mana syarikat e-hailing atau p-hailing untuk memenuhi keperluan harian. Bukan sekadar memesan makanan, pengguna juga boleh melakukan pesanan penghantaran yang telah disediakan oleh pelbagai pihak.

Sehingga kini, keperluan manusia sudah boleh dipenuhi hanya menggunakan hujung jari sahaja. Penggunaan telefon pintar menjadi salah satu keperluan kepada penduduk terutama pada keadaan yang mendesak seperti sekarang. Justeru itu, Deenamik mencadangkan kepada anda untuk menggunakan mana-mana perkhidmatan yang telah ditawarkan oleh pihak Safer.

Antara perkhidmatan yang telah Safer tawarkan adalah:

  1. Safer Food

Perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan pemesanan dan penghantaran makanan kepada pengguna yang memesan. Terdapat pelbagai pilihan makanan yang boleh dipilih mengikut kesesuaian selera anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah anda boleh pilih kedai yang tertentu dan pilih menu makanan.

Seterusnya anda boleh terus melakukan pembayaran sama ada melalui tunai atau e-wallet. Setelah pesanan anda diterima dan disiapkan, rakan penghantar Safer akan menghantar pesanan makanan tersebut kepada anda.

  1. Safer Delivery

Perkhidmatan ini merupakan pperkhidmatan penghantaran barangan di mana anda boleh menghantar barangan daripada senipis kertas sehingga sebesar kotak. Anda diberikan pilihan sama ada untuk menghantar di dalam kuantiti yang sedikit atau banyak.

BACA JUGA :   Safer Driver Buka Untuk Pemandu Wanita

Safer Delivery turut mempunyai pilihan penghantaran di mana pelanggan dapat memilih untuk menggunakan Single Delivery atau Multiple Delivery. Single Delivery sesuai untuk anda yang mahu melakukan kejutan buat orang tersayang manakala Multiple Delivery sesuai untuk peniaga yang berniaga secara kecil-kecilan.

  1. Safer Ride dan Safer Swift

Safer Ride dan Safer Swift merupakan khidmat penghantaran penumpang menggunakan kenderaan seperti motosikal dan kereta. Safer Ride adalah penghantaran menggunakan pelbagai jenama kereta dan Safer Swift adalah khidmat penghantaran penumpang menggunakan motosikal.

Safer Ride mempunyai  pelbagai kategori yang boleh dipilih pengguna. Kategori yang ditawarkan adalah mengikut kehendak dan keperluan pengguna. Perbezaan di antara kategori melibatkan jenis kereta, kapasiti, kelajuan dan keselesaan. Pilihan kenderaan adalah pelbagai dan sangat berpatutan!

  1. Safer Concierge

Menawarkan jenis perkhidmatan yang dikira sebagai baharu dalam dunia e-hailing, ia menawarkan perkhidmatan seperti bantuan peribadi. Sekiranya anda berada di situasi anda memerlukan bantuan orang lain untuk mengiring dan membantu anda, Safer Concierge adalah pilihan terbaik.

Sebagai contoh situasi sekarang, jika ada salah seorang ibu bapa anda perlu mengambil vaksin namun tiada sesiapa yang boleh menemani. Anda boleh menggunakan khidmat Safer Concierge. Anda boleh menempah perkhidmatan ini untuk memudahkan urusan anda bahkan orang sekeliling.

Tawaran Safer

Selain menggunakan mana-mana perkhidmatan yang telah ditawarkan oleh Safer, Safer juga mempelawa anda untuk menjana pendapatan tambahan menerusi perkongsian referral code. Dengan cara berkongsikan referral code anda, anda boleh menerima sekurang-kurang 1% daripada nilai transaksi yang telah dilakukan oleh pendaftar referral.

Siapakah pendaftar referral? Pendaftar referral merupakan pengguna yang telah mendaftar akaun Safer menggunakan mana-mana referral code pengguna sedia ada. Sebagai contoh, Badar sudah mendaftar sebagai pengguna Safer. Lalu Badar berkongsikan referral codenya kepada Amy. Amy mendaftar akaun Safer menggunakan referral code yang telah diberikan.

BACA JUGA :   Mari Menjana Pendapatan Pasif Tanpa Had Di Safer.

Amy sudah menjadi pendaftar referral. Setiap kali Amy menggunakan mana-mana perkhidmatan Safer, Badar akan terima 1% pulangan dari setiap transaksi yang dilakukan. Dengan cara ini, Badar menerima pendapatan pasif tanpa Badar ketahui kerana pulangan tersebut akan masuk ke e-wallet Safer Badar.

Anda masih belum mempunyai akaun Safer? Pastikan anda mendaftar sebagai pengguna Safer sekarang! Pendaftaran boleh dilakukan menerusi pautan  https://tinyurl.com/y6u9r4f5.

Pendaftaran adalah percuma dan anda boleh mula melakukan tempahan dan pesanan menerusi aplikasi Safer setelah log masuk ke akaun pengguna anda. Aplikasi Safer untuk pengguna boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan Apple App Store.

Jika anda mahu mengetahui sebarang promosi yang telah dijalankan oleh pihak Safer, anda boleh mengikuti Safer menerusi mana-mana media sosial Safer.

 Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Pihak Safer juga boleh dihubungi menerusi talian khidmat pelanggan menerusi platform:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here