Anda sudah mempunyai aplikasi exchanger Binance? Jika sudah, adakah anda tahu apakah disebalik term-term yang digunakan di dalam aplikasi tersebut? Antara term atau perkataan yang mungkin akan anda lihat adalah ‘market order’, ‘limit order’, ‘stop limit order’ dan ‘OCO’.
Oleh itu, mari kita sama-sama lihat apakah penjelasan kepada perkataan-perkataan ini.
Market Order
Market order boleh dikatakan sebagai fungsi pembelian dan penjualan segera. Dengan kata lain, anda boleh melakukan pembelian dan penjualan mata wang kripto secara terus pada harga terdekat yang telah ditawarkan dalam pasaran mata wang.
- Harga belian akan diambil dari harga terendah yang ditawarkan dalam senarai harga jualan sama ada secara segera atau dalam senarai order book (seringkali ditanda merah dalam exchanger).
- Harga jualan akan diambil dari harga tertinggi yang ditawarkan dalam senarai harga belian sama ada secara permintaan semasa atau di dalam senarai order book (seringkali ditanda hijau dalam exchanger).
Limit Order
Fungsi Limit Order adalah untuk membuka ruang kepada anda untuk membeli atau menjual pada harga tertentu. Fungsi ini dapat mengoptimumkan keuntungan anda. Dalam masa yang sama, anda mempunyai masa untuk meneliti pergerakan harga satu mata wang itu mencecah ke paras yang anda ingini.
Stop Limit Order
Juga dikenali sebagai ‘good ‘til concelled’ (GTC), fungsi stop limit order melibatkan kepada:
-
- Stop price: menukarkan order kepada buy atau sell
- Limit price: harga maksimum yang pelabur sanggup untuk beli atau harga minimum yang pelabur sanggup untuk jual
Antara contoh yang mungkin dapat membantu anda adalah seperti anda meletakkan order untuk menjual 1 XRP pada harga $1 (stop price) dalam order book jika harga XRP mencecah $2. Jadi, jika harga berpatah balik dari $2 ke $1, token XRP anda akan dijual secara automatik pada $1 seperti yang ditetapkan. Cara ini dapat mengurangkan pelabur dari terdedah dengan risiko volatiliti yang tinggi.
One Cancels the Other (OCO) Order
OCO adalah fungsi di mana anda boleh membuat dua orders pada masa yang sama. Ia menggabungkan limit order dengan stop limit order tetapi hanya salah satu daripadanya sahaja yang akan diproses. Hal ini bermakna, jika salah satu order dipenuhi, secara automatik order lainnya akan terbatal. Tetapi jika anda membatalkan salah satu order dengan sengaja, maka order lain turut akan terbatal.
Anda mahu ketahui dengan lanjut bagaimana untuk menggunakan aplikasi exchanger Binance? Ayuh sertai Binance Capital Team (BCT) dan ketahui cara ahli BCT melakukan trading mata wang kripto dengan lebih mudah. Pihak BCT dapat dihubungi menerusi:
Facebook: Binance Capital Team
Telegram: https://t.me/joinchat/txWoWBI4emJkNzVl
Youtube: Binance Capital Team