Semalam, kerajaan Selangor telah mengumumkan untuk meneruskan Pakej Kita Selangor 2.0 dengan peruntukkan sebanyak RM551.56 juta. Pakej ini akan dimanfaatkan oleh sekurang-kurangnya 1.6 juta rakyat Selangor.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari telah mengumumkan bahawa antara inisiatif yang akan termasuk di dalam pakej ini adalah meliputi:
-
Program Bakul Makanan kepada golongan sasar;
-
Bantuan RM1,000 kepada keluarga bagi setiap pesakit COVID-19 yang telah meninggal dunia;
-
Bantuan khas RM500 kepada orang kurang upaya;
-
Melaksanakan moratorium bayaran pinjaman HIJRAH selama satu setengah bulan kepada 40,000 usahawan HIJRAH Selangor;
-
Lanjutan tempoh mula bayaran ansuran pinjaman daripada enam kepada 12 bulan bagi graduan 2021 (dimohon menerusi portal Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor;
-
Penangguhan bayaran sewa pada bulan Julai kepada 2,632 individu yang menyewa di Rumah Projek Perumahan Rakyat dan 477 peserta Skim Smart Sewa;
-
Bantuan one-off RM450 kepada pengusaha tadika di seluruh Selangor dan RM150 kepada guru tadika;
-
Dana berjumlah RM200 juta akan ditambah ke dalam Selangor Advance untuk memanfaatkan aliran tunai syarikat Industri Kecil dan Sederhana;
-
Pelaksanaan Program Agro Prihatin yang akan dijalankan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor di mana ia secara tidak langsung akan membantu lebih daripada 200 penternak, petani dan nelayan apabila hasil segar akan dibeli oleh perbadanan dan dijual semula kepada orang ramai dengan diskaun 50 peratus;
-
Peruntukkan RM80 juta bagi membantu 8,000 usahawan dengan modal awal bagi memulakan perniagaan terutama kepada mereka yang telah hilang pekerjaan dan kekurangan pendapatan akibat PKP;
-
Membantu sektor pelancongan negeri melalui:-
– Geran Bantuan Aktiviti Pelancongan
– Baucar Pelancongan Selangor 2.0
– Program latihan Pembelajaran Pendigitalan
– Bantuan Kewangan ‘One-off’ kepada Persatuan Pelancongan
Kerajaan Selangor telah banyak memberikan bantuan kepada rakyat Selangor dengan melaksanakan pelbagai pakej bantuan. Antaranya adalah Pakej Selangor Prihatin 1 dan 2, Pakej Rangsangan Ekonomi, Pakej Kita Selangor 2021 dan Bantuan Khas kepada peniaga.
Dengan adanya bantuan-bantuan yang akan dilaksanakan ini, ia berharap dapat mengurangkan beban rakyat Selangor yang telah terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.
Sumber: BERNAMA
Anda merupakan salah seorang pelajar lepasan SPM yang baharu sahaja mengambil keputusan? Berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi? Ayuh daftar kemasukan ke universiti bersama Daulah Educonsult.
Daulah sedia menawarkan bimbingan walau bagaimanapun keputusan yang anda peroleh. Ayuh jalankan sesi konsultasi bersama konsultan Daulah Educonsult sekarang. Pihak Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi:
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)