Anda berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang PERUBATAN ke peringkat yang lebih tinggi? Ayuh ketahui universiti terbaik yang anda boleh masuki bagi bidang perubatan di universiti luar negara!
Mengikut Daulah Educonsult, antara universiti yang menjadi pilihan para pelajar Malaysia adalah Kursk State Medical University yang terletak di bandar Kursk, Rusia. Universiti ini mempunyai banyak kelebihan kepada pelajar yang mampu untuk melahirkan lepasan pelajar yang cemerlang.
Dalam pada itu, ia juga merupakan antara universiti yang baru-baru ini telah mendapat pengiktirafan dunia bagi bidang perubatannya. Ia juga merupakan salah sebuah universiti yang telah mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Malaysia sendiri. Oleh itu, pelajar tidak perlu berasa bimbang dengan sijil kelayakan atau penempatan ‘housemanship’.
Kelebihan KSMU
Antara kelebihan lain yang menjadikan universiti ini mendapat tempat di hati para pelajar adalah ia menawarkan bidang pra-perubatan kepada pelajar lepasan SPM, IGCSE dan setaraf. Bidang pra-perubatan ini dijalankan selama satu tahun dan pelajar boleh terus melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di tempat yang sama.
Bagi bidang PERUBATAN ini, pelajar akan menjalani pengajian selama enam tahun. Bidang ini pula ditawarkan kepada pelajar lepasan Asasi, Matrikulasi, Diploma, STPM, IB dan lain-lain lepasan setaraf. Dengan adanya pengajian dan latihan yang mencukupi, pelajar diharap dapat menimba pengetahuan dengan lebih mendalam dan sebaik-baiknya.
Antara kelebihan lain adalah pelajar akan tinggal di hostel. Adapun begitu, ia tertakluk kepada para pelajar sama ada mahu tinggal terus di asrama atau mahu menyewa di luar. Kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti adalah sangat lengkap dan efisien.
Pelajar mempunyai sekeliling yang boleh membantu pelajar seperti perolehan makanan halal, tempat membeli belah, rangkaian perkhidmatan awam dan lain-lain. Antara kemudahan lain yang boleh digunakan pelajar adalah tiga buah gimnasium.
Selain itu, universiti ini membuka sesi kemasukan pada empat bulan iaitu pada bulan Februari, April, Jun dan September. Penawaran kemasukan ini adalah bergantung kepada persediaan pelajar. Antara keutamaan syarat kelayakan adalah pihak universiti menetapkan hanya pelajar yang mengambil subjek sains tulen sahaja dibenarkan untuk lakukan permohonan.
Antara syarat umumnya adalah:-
-
-
- Lepasan SPM, IGCSE dan setaraf: Peroleh sekurang-kurangnya minimum B bagi semua subjek sains seperti Biologi, Fizik, Kimia, Matematik @ Matematik Tambahan.
- Lepasan Asasi, Matrikulasi, STPM, IB, Diploma dan setaraf: Peroleh sekurang-kurangnya 3.0 CGPA.
-
Namun, jika pelajar peroleh keputusan selain daripada syarat yang ditetapkan di atas, pelajar boleh mendapatkan konsultasi bersama Daulah Educonsult. Konsultan Daulah Educonsult akan membimbing pelajar dan menunjukkan jalan penyelesaian kepada pelajar.
Jika anda mahu mengetahui bagaimana untuk mendaftar permohonan atau lakukan pendaftaran, anda boleh berhubung juga dengan pihak Daulah Educonsult. Pelajar boleh mendapatkan beberapa maklumat penting yang diperlukan sebelum melakukan permohonan kepada pelajar.
Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi:
Website : http://daulahmedic.com/ Facebook : Daulah Educonsult Youtube : Daulah Educonsult Email : daulahmedic@gmail.com Nombor pejabat : 03-92851322 Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322 Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)
Selain Kursk State Medical University, terdapat beberapa universiti lain yang ditawarkan oleh pihak Daulah Educonsult. Antara pilihan negara yang ditawarkan pihak Daulah adalah Indonesia, Poland, Bangladesh dan Mesir. Bidang pengajian juga terdiri daripada pergigian, farmasi, veterinar, pengajian Islam, pengurusan perniagaan antarabangsa dan lain-lain.