1 Jun 2021 menjadi salah satu tarikh bersejarah buat negara Malaysia di mana Malaysia akan menjalani Total Lockdown Fasa Pertama sehingga 14 Jun 2021. Lockdown ini adalah untuk mengurangkan bebanan sistem kesihatan negara yang berada hampir di tahap kritikal. Melalui Lockdown ini, penutupan beberapa sektor telah dilaksanakan.
Ditambah dengan keadaan ekonomi rakyat yang masih belum pulih, kerajaan bersetuju untuk memberikan beberapa bantuan daripada inisiatif PEMERKASA. Inisiatif ini dipanggil sebagai PEMERKASA Plus. Nilai keseluruhan bajet yang telah diberikan ke dalam program ini adalah sebanyak RM40 bilion.
Dengan adanya bantuan-bantuan yang akan disalurkan ini, kerajaan berharap rakyat terutamanya golongan B40 dapat meneruskan kelangsungan hidup semasa pelaksanaan PKP 3.0. Antara inisiatif bantuan yang menarik perhatian adalah seperti:
-
Menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR yang akan dibayar pada penghujung bulan Jun 2021:
-
- Tambahan RM500 kepada kategori isi rumah berpendapatan bawah RM2,500
- Tambahan RM250 kepada isi rumah berpendapatan antara RM2,501 sehingga RM5,000
- Tambahan RM100 kepada individu bujang;
-
Moratorium automatik selama tiga bulan atau boleh pilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan
-
- Kepada golongan B40
- Kepada rakyat yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan serta
- Untuk perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP;
-
Peruntukan RM1 bilion bagi Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi;
-
Pelanjutan program MARA PRIHATIN Peace of Mind sehingga 31 Julai;
-
Pelanjutan Program Subsidi Upah selama satu bulan bagi semua sektor ekonomi yang terkesan
-
- Had 500 pekerja bagi setiap permohonan;
-
Pengecualian pembayaran levi selama satu bulan pada bulan Jun 2021 bagi majikan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad;
-
Penambahan kadar Geran Khas Prihatin (GKP) kepada RM1,500;
-
Pembiayaan sebanyak RM1.5 bilion bagi pembiayaan mikro kredit oleh BSN, TEKUN, MARA, SME Corp. Dan YAPEIM dengan kadar pembiayaan serendah 3%;
-
Penambahan fasiliti Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar untuk PKS terjejas sebanyak RM2 bilion;
-
Bantuan Khas secara one-off:
-
- RM500 kepada 17 ribu pemandu pelancong, 40 ribu pemandu teksi, 11 ribu pemandu bas sekolah, 4 ribu bas persiaran dan 62 ribu pemandu kereta sewa dan e-hailing;
-
Pelanjutan penghantaran penyata kewangan, pelaksanaan mesyuarat tahunan bagi syarikat awam yang tersenarai di Bursa Malaysia dan moratorium denda bagi penghantaran lambat dokumen berkanun oleh SSM;
-
Pengecualian bayaran lewat untuk memperbaharui lesen perniagaan sehingga 31 Disember 2021 bagi PKS mikro serta perniagaan milikan tunggal dan perkongsian;
-
Pemberian diskaun bil elektrik:
-
- diskaun sebanyak 10% selama 3 bulan kepada pengendali hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, premis dan kompleks membeli belah, pusat-pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan;
-
Potongan khas kepada pemilik bangunan dan ruang perniagaan yang menawarkan pengurangan sewa premis perniagaan kepada PKS dan bukan PKS untuk tempoh 6 bulan lagi sehingga 31 Disember 2021 bagi pengurangan sewa sekurang-kurangnya 30% daripada kadar sewa semasa;
-
Melanjutkan pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang CKD dan CBU import hingga 31 Disember 2021;
-
Melanjutkan tempoh perkhidmatan lebih 14,000 pegawai perubatan dan jururawat lantikan kontrak sedia ada sehingga tahun 2022.
Selain daripada itu, terdapat beberapa inisiatif lain yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan. Inisiatif tersebut adalah pihak Menteri dan Timbalan Menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan bermula Jun 2021.
Sumber: Sidang Media 31 Mei 2021 oleh Perdana Menteri Malaysia
Anda berminat untuk sambung belajar di luar negara? Tidak tahu bagaimana untuk memohon kemasukan ke universiti luar negara? Hubungi pihak Daulah Educonsult untuk mendapatkan sesi konsultasi percuma.
Daulah Educonsult menawarkan peluang belajar di luar negara di universiti terpilih di dalam bidang perubatan, pergigian, farmasi, veterinar, usuluddin, syariah, kejuruteraan pesawat, pengurusan perniagaan antarabangsa dan lain-lain. Hubungi pihak Daulah Educonsult untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Website : http://daulahmedic.com/ Facebook : Daulah Educonsult Youtube : Daulah Educonsult Email : daulahmedic@gmail.com Nombor pejabat : 03-92851322 Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322 Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)