ERL atau Express Rail Link Sdn Bhd akan mula menggantung semua perkhidmatan trennya bermula 4 Jun ini. Notis ini dikeluarkan berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Keputusan ini dikeluarkan oleh pihak mereka setelah melakukan rundingan bersama Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat.

Notis ini turut dikeluarkan berikutan arahan terkini yang telah dilaksanakan oleh kerajaan berhubung langkah untuk bekerja dari rumah serta sekatan perjalanan yang lebih ketat yang diambil bermula 1 Jun 2021. Pihak ERL memutuskan untuk menggantung perkhidmatan ini untuk mengekalkan kemampanan dari segi kewangan.

Sejak bermulanya PKP 3.0, pengurangan dalam jumlah pengguna harian ERL dilihat agak ketara. Purata pengguna harian ERL pernah merosot sehingga 69 peratus pada tahun 2020 berbanding 2019. Namun, kemerosotan pada tahun 2021 adalah lebih tinggi iaitu sebanyak 89 peratus berbanding tahun 2020.

BACA JUGA :   Cadangan Kenakan Surcaj ‘Touch N Go’ di CIQ Masih Dalam Perbincangan

Mereka yang memerlukan perkhidmatan ini pada saat mustahak telah digalakkan untuk mengambil langkah alternatif. Maklumat berkenaan pilihan pengangkutan dari setiap stesen ERL dan kemas kini berkenaan perkhidmatan boleh diperoleh melalui laman sesawang www.KLIAekspres.com.

Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat yang lebih lanjut boleh berhubung melalui Khidmat Pelanggan di (03) 22678000 (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi – 6.00 petang). Facebook dan Twitter KLIA Ekspres.

Sumber: KLIA Ekspres

Jana pendapatan tambahan menerusi aplikasi Safer di samping menempah perkhidmatan pesan dan beli makanan secara dalam talian. Pendapatan ini boleh didapati menerusi perkongsian kod pengguna sedia ada pengguna Safer kepada pendaftar baharu Safer.

Penggunaan kod rujukan semasa pendaftaran akaun baharu akan mengaktifkan pendapatan pasif buat pengguna yang berkongsikan kod tersebut. Pengguna akan menerima 1% pulangan ke dalam e-wallet pengguna setiap kali pendaftar rujukan membuat transaksi menerusi aplikasi Safer.

BACA JUGA :   Bekerja Secara Full-time Atau Part-Time Sebagai Rider Safer!

Ikuti Safer di media sosial untuk mendapatkan maklumat terkini atau jenis promosi yang dijalankan oleh pihak Safer.

Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram :https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter :https://twitter.com/SAFERofficial
TikTokhttps://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here