Pertemuan antara pemimpin parti politik di Malaysia bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah telah berlaku beberapa hari yang lalu. Setelah pertemuan dengan parti politik, sesi perbincangan telah dilakukan oleh YDPA yang dihadiri oleh Sultan-sultan, Raja dan Yang Dipertuan dari Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak, Kedah, Pahang dan Perlis.

Antara perkara yang telah disepakati oleh Raja-Raja Pemerintah adalah seperti yang berikut:

  1. Nyawa dan kehidupan rakyat wajib diutamakan mengatasi perkara-perkara lain.
  2. Program vaksinasi hendaklah dipertingkatkan dengan mengurangkan kerenah birokrasi agar mencapai matlamat imuniti kelompok 80 peratus secepat mungkin.
  3. Program menangani wabak COVID-19 hendaklah difahami serta mendapat sokongan rakyat tanpa menimbulkan sebarang keraguan dan tanpa dianggap mempunyai sebarang muslihat politik yang terselindung.

  4. Kaedah menangani wabak COVID-19 hendaklah bersifat inklusif, melibatkan pelbagai pihak berkepentingan dalam semangat yang sedia mendengar, mempelajari, sedia melakukan pengubahsuaian, sedia melakukan penerokaan baharu hingga berjaya meyakinkan dan berjaya mendapat kerjasama penuh rakyat dari pelbagai peringkat.
  5. Suhu politik yang semakin panas wajib diredakan.
  6. Pentingnya sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat keyakinan serta mendapat sokongan majoriti rakyat.
  7. Tidak ada keperluan meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos 2021.
Sumber: Astro Awani

Anda sudah memperoleh keputusan SPM atau STAM atau apa jua keputusan peperiksaan? Berminat untuk lanjutkan pengajian di luar negara? Ayuh daftar kemasukan ke universiti luar negara bersama Daulah Educonsult.

Konsultan Daulah Educonsult sedia menghulurkan bimbingan kepada anda yang berminat untuk melanjutkan pengajian di luar negara. Jangan segan-segan! Konsultasi dijalankan secara percuma sahaja! Ayuh hubungi pihak Daulah Educonsult menerusi:

Website : http://daulahmedic.com/   
Facebook : Daulah Educonsult   
Youtube : Daulah Educonsult  
Email : daulahmedic@gmail.com  
Nombor pejabat : 03-92851322 
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322  
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here