UIN SUSKA atau Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim merupakan salah sebuah cawangan universiti Islam yang ada di Indonesia. Ia merupakan sebuah universiti yang terletak di Riau yang jaraknya tidak lebih satu jam perjalanan daripada Malaysia.

Bagi anda yang meminati bidang Pengajian Islam dan mahu mendalami bidang ini di peringkat yang lebih tinggi iaitu Ijazah Sarjana Muda. Daulah Educonsult membuka peluang ini kepada anda.

UIN SUSKA menawarkan lebih daripada lima fakulti di dalamnya dan mempunyai banyak kos pengajian yang boleh pelajar pilih mengikut minat. Antara keistimewaan UIN SUSKA adalah pelajar lepasan SPM juga boleh memohon kemasukan dan melanjutkan pengajian di sana.

Tempoh pengajian yang ditawarkan di UIN SUSKA adalah selama 4 tahun. Dengan itu, pelajar dapat mempelajari segala ilmu yang dimahukan di dalam lapan semester tersebut. Bermula dengan hanya tiga fakulti utama, ia bercambah kepada 8 buah fakulti yang terdiri daripada fakulti:

      • Fakulti Syariah dan Hukum
      • Fakulti Dakwah dan Komunikasi
      • Fakulti Usuluddin
      • Fakulti Tarbiah dan Keguruan
      • Fakulti Psikologi
      • Fakulti Pertanian dan Penternakan
      • Fakulti Sains dan Teknologi
      • Fakulti Ekonomi dan Ilmu Sosial

Untuk maklumat lanjut berkenaan kos program pengajian yang ditawarkan, anda boleh layari daulahmedic.com. Selain itu, anda juga boleh berhubung dengan pihak Daulah Educonsult untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut. Konsultan Daulah Educonsult sedia membantu pelajar untuk melakukan pendaftaran kemasukan ke universiti bagi anda yang berminat.

BACA JUGA :   Ini sebab kenapa perlu belajar di Kursk State Medical Universiti.

Syarat kelayakan untuk memasuki UIN SUSKA adalah peroleh minimum lulus bagi kesemua subjek SPM. Antara lepasan lainnya, pelajar perlu peroleh keputusan keseluruhan 3.0  dan ke atas dan pangkat Maqbul bagi lulusan STAM. Anda tidak perlu bimbang kerana UIN merupakan salah satu universiti yang telah mendapat pengiktirafan daripada pihak MQA.

Jika anda betul-betul berminat untuk sambung pengajian dalam bidang Pengajian Islam di UIN SUSKA, anda boleh lakukan pendaftaran bersama Daulah Educonsult. Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi:
Website : http://daulahmedic.com/   
Facebook : Daulah Educonsult   
Youtube : Daulah Educonsult  
Email : daulahmedic@gmail.com  
Nombor pejabat : 03-92851322 
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322  
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Selain bidang Pengajian Islam, Daulah Educonsult juga menawarkan peluang sambung belajar di dalam bidang perubatan, pergigian, farmasi, veterinar, kejuruteraan pesawat, pengurusan perniagaan antarabangsa dan lain-lain. Pilihan negara juga terdiri daripada negara Indonesia, Rusia, Poland, Bangladesh dan Mesir.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here