Safer merupakan salah satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan e-hailing dan p-hailing kepada penggunanya. Safer dibangunkan oleh syarikat bumiputera muslim dan menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan kepada rakyat Malaysia. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah Safer Ride, Safer Swift, Safer Food, Safer Delivery dan Safer Concierge.

Perkhidmatan-perkhidmatan ini tidak dapat dijalankan tanpa adanya penggerak utama iaitu rakan penghantar dan rakan pemandu. Oleh yang demikian, pada entri kali ini, Deenamik mahu mengajak anda semua yang berminat untuk menjana pendapatan tambahan untuk mendaftar bersama Safer. Pendaftaran sebagai apa? Jika sebelum ini pendaftaran dibuka kepada golongan peniaga, kali ini pendaftaran dibuka pula kepada orang awam.

Safer sedang giat mencari anda yang mahu menjalankan kerja penghantaran sama ada sebagai rakan penghantar atau rakan pemandu. Peluang ini dibuka luas kepada anda yang mempunyai kenderaan namun mahu menjana pendapatan menerusinya. Safer membuka luas peluang ini kepada semua rakyat Malaysia.

Adapun begitu, terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipatuhi untuk menjadi rakan penghantar atau pemandu Safer. Hal ini untuk memastikan protokol pekerjaan dan keselamatan rakan penghantar serta pemandu terjamin. Baca selanjutnya untuk mengetahui syarat kelayakan yang telah digariskan.

BACA JUGA :   Guna SAFERSYOK3 Untuk Lebih Penjimatan di Safer Delivery

Syarat menjadi rakan penghantar:

  1. Mempunyai kenderaan seperti motosikal, kereta, van, lori dan lain-lain.
  2. Memiliki lesen memandu yang sah.
  3. Mempunyai telefon pintar dengan akses internet sama ada Andorid atau iOS.

Syarat menjadi rakan pemandu:

  1. Mempunyai kenderaan seperti motosikal atau kereta.
  2. Memiliki lesen memandu yang sah dan penuh.
  3. Tahun buatan kenderaan tahun 2012 dan ke atas.
  4. Mempunyai lesen PSV dan insurans e-hailing.
  5. Mempunyai telefon pintar dengan akses internet sama ada Andorid atau iOS.

Jika anda memenuhi segala syarat yang telah ditetapkan, anda boleh menjadi sebahagian daripada Safer. Safer membuka peluang ini kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Pendaftaran sebagai rakan penghantar dan pemandu boleh dilakukan menerusi laman sesawang rasmi Safer dan aplikasi Safer Driver.

Pendaftaran melalui laman sesawang

👉 https://tinyurl.com/y9tj7vv2 👈

Aplikasi Safer Driver untuk rakan penghantar dan pemandu boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store. *Pastikan anda tidak melakukan kesalahan pendaftaran.*

Jika anda mendaftar sebagai rakan penghantar dan pemandu Safer sekarang, anda boleh mendapatkan promosi yang telah dijalankan oleh pihak Safer. Promosi ini adalah promosi yang sedang dinikmati oleh semua rakan penghantar dan pemandu di bawah Safer. Sehingga kini, rakan penghantar dan pemandu Safer tidak dikenakan sebarang caj penolakan komisen oleh pihak Safer.

BACA JUGA :   Nikmati Pelbagai Pilihan Makanan Menarik Di Safer Food
PENDAPATAN PASIF

Promosi ini dijalankan untuk membantu rakyat Malaysia khususnya untuk menjana pendapatan semasa pandemik COVID-19 masih berleluasa. Selain menjana pendapatan melalui kerja penghantaran yang dilakukan, Safer turut menawarkan pendapatan pasif. Pendapatan tersebut boleh dijana dengan cara berkongsikan referral code rakan penghantar atau pemandu kepada mereka yang masih belum mempunyai akaun Safer.

Melalui cara ini, rakan penghantar dan pemandu akan mendapatkan pulangan setiap kali pendaftar referral menggunakan mana-mana perkhidmatan Safer. Rakan penghantar serta pemandu boleh berkongsikan referral code tersebut kepada keluarga dan rakan atau sesiapa sahaja. Tiada had yang dikenakan oleh pihak Safer!

Berminat untuk menjadi salah seorang rakan penghantar atau pemandu bersama Safer? Daftar menerusi pautan yang disertakan. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung dengan pihak Safer menerusi mana-mana platform yang berikut:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here