Menerusi program tersebut, mereka yang terlibat diberikan sumbangan sebagai penghargaan di atas kesediaan menjadi sukarelawan MyVac.
Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Pengasas Yayasan VFive, Datuk Syafiq Abdullah bermula di PPV UiTM Puncak Alam yang disertai oleh Rektor UiTM Cawangan Selangor, Prof Dr Ahmad Sazali Hamzah.
Pemberian sumbangan kemudiannya diteruskan lagi di PPV UiTM Shah Alam dan diiringi oleh Pemangku Naib Canselor, Prof Dr Roziah Mohd Janor.