Baru-baru ini, telah tular mengenai kenaikan harga minyak masak berbotol di Malaysia. Rakyat meluahkan rasa terkejut di mana minyak botol 5kg yang selalunya dijual dengan harga RM25 hingga RM28 mencanak naik sehingga RM32. Perkara ini telah mendapat perhatian daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Dengan itu, timbalan KPDNHEP telah mengemukakan maklum balas berkenaan perkara ini. Menurutnya, pengguna boleh mendapatkan bekalan minyak masak yang sudah dipek  di dalam bungkusan polibeg. Ianya lebih murah daripada minyak masak yang dibungkus secara botol.

Hal ini kerana, minyak masak yang dibungkus dengan polibeg merupakan satu-satu jenis yang telah mendapat subsidi kerajaan. Oleh itu, jika pengguna mendapati harga minyak meningkat, pengguna boleh beralih menggunakan minyak masak yang dibungkus dengan polibeg.

Kementerian telah menyediakan kuota sebanyak 60,000 metrik tan sebulan untuk minyak masak di dalam bungkusan polibeg. Harga bagi setiap bungkusan dengan berat satu kilogram tidak akan melebihi RM2.50. Menurut Datuk Rosol Wahid lagi, secara puratanya setiap isi rumah menggunakan minyak masak polibeg sekitar 1.8 kg selama sebulan.

BACA JUGA :   KPDNHEP Lancar Ops Catut 8.0, Amaran Kepada Peniaga Gajet Elektronik.
Daftar sebagai ‘USER’ Safer dan gunakan perkhidmatan Safer Food.

Oleh itu, bekalan minyak masak polibeg yang ditawarkan adalah mencukupi kepada rakyat Malaysia. Beliau juga menyatakan bahawa kenaikan harga minyak masak telah dipengaruhi oleh harga buah tandan sawit di ladang. Ia naik sehingga RM1,000 bagi satu tan berbanding RM300 satu tan pada waktu sebelumnya.

Dengan itu, pengguna perlu lebih bijak dalam memilih bahan masakan. Adalah lebih baik sekiranya membeli minyak dengan bungkusan polibeg kerana harganya yang murah. Keadaan berbeza sekiranya sudah tiada bekalan minyak masak murah di tempat pengguna, perkara ini boleh dilaporkan kepada pihak KPDNHEP.

Harga minyak masak di pasaran yang sekitar RM30 ini dikira munasabah kerana berlakunya kenaikan harga minyak mentah. Di samping itu, beliau turut menasihati semua pengguna untuk sentiasa merujuk aplikasi ‘Price Catcher’ yang telah disediakan oleh kementerian dan melakukan perbandingan harga.

BACA JUGA :   Rakyat Terbeban Dengan Kenaikan Harga Barang...Salah Siapa?
Sumber: BERNAMA

Anda berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan atau pergigian atau farmasi? Ayuh daftar kemasukan ke Universitas Sumatera Utara, Indonesia bersama Daulah Educonsult.

Peluang ini dibuka kepada semua lepasan pelajar SPM, IGCSE, O-Level, Diploma, Asasi, STPM, Matrikulasi dan lain-lain. Untuk mendapatkan maklumar lanjut, anda boleh berhubung dengan pihak Daulah Educonsult menerusi:

Website : http://daulahmedic.com/   
Facebook : Daulah Educonsult   
Youtube : Daulah Educonsult  
Email : daulahmedic@gmail.com  
Nombor pejabat : 03-92851322 
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322  
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here