Anda merupakan salah seorang peniaga kecil yang menjual makanan atau minuman? Mempunyai kesukaran untuk menjalankan perniagaan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0? Mahu mencari peluang untuk menjalankan perniagaan secara dalam talian sebagai vendor makanan?

PROMOSI SAFER FOOD MERCHANT

Ayuh sertai Safer Food Merchant sekarang! Anda boleh berniaga menerusi platform online secara percuma bersama Safer sepanjang PKP 3.0. Kini, promosi 0% caj penolakan komisen sedang dijalankan oleh pihak Safer Food Merchant. Dengan itu, anda dapat berniaga bersama Safer tanpa dikenakan apa-apa caj komisen.

Peluang ini dibuka luas kepada peniaga warung makanan, peniaga trak makanan, peniaga home-cooked kitchen, restoran dan lain-lain. Anda boleh menjual apa juga jenis makanan yang pasti ianya dapat dijual kepada pengguna. Selain itu, jika anda menjual kek atau pastri anda hanya perlu memastikan ianya adalah ready-stock dan mempunyai packaging yang baik.

Rakan penghantar Safer akan membantu peniaga untuk menyampaikan pesanan yang telah dipesan pengguna Safer. Oleh itu, peniaga hanya perlu menyiapkan makanan sahaja setelah rakan penghantar telah ditugaskan. Berikut adalah antara syarat untuk menjadi salah seorang vendor makanan bersama Safer Food Merchant.

  • Mempunyai lesen perniagaan
  • Memiliki lesen daripada SSM
  • Mempunyai sijil halal (diwajibkan kepada bukan peniaga bukan Muslim)
BACA JUGA :   Pendaftaran Percuma Safer Food Merchant

Selain daripada itu, peniaga turut diperlukan untuk memberikan butiran-butiran penting berkenaan perniagaan. Butiran-butiran serta lesen dan sijil perlu dikemukakan semasa pendaftaran perniagaan dilakukan. Antara butiran yang perlu diperlukan adalah:
  • Kad pengenalan peniaga
  • Lokasi perniagaan
  • Waktu perniagaan beroperasi (Hari serta masa)
  • Menu makanan yang dijual (Berserta gambar)
  • Harga
  • Akaun bank perniagaan

Anda berupaya untuk melengkapkan segala butiran yang diperlukan? Ayuh daftar segera menerusi pautan https://www.safer.my/sign-up-restaurant. Adapun begitu, jika anda tidak dapat melengkapkan mana-mana butiran disebabkan beberapa kekangan, anda boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak Safer Food Merchant. Pihak Safer akan membimbing anda dan membantu dalam memberikan jalan penyelesaian bersama.

Anda juga boleh mendapatkan bantuan menerusi kelas yang telah diadakan oleh pihak Safer Food Merchant. Anda boleh menempah sesi kelas menerusi pautan di bawah.

>> KLIK DI SINI UNTUK TEMU JANJI <<

Kelas akan diadakan secara online sepanjang PKP3.0 ini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk kekal berniaga menerusi platform online! Anda akan peroleh 100% keuntungan semula tanpa ada apa-apa penolakan caj komisen atau pembayaran tambahan. Pendaftaran perniagaan juga adalah secara percuma!

BACA JUGA :   Platform Promosi Secara Digital Bersama Safer Food Merchant

Bukan sekadar menjalankan perniagaan secara percuma, anda juga boleh mendapatkan merchandiser daripada pihak Safer. Antara merchandiser yang bakal anda peroleh adalah singage, sticker, dan bunting.

Tambahan daripada itu, perniagaan melalui Safer dijalankan secara dalam talian secara keseluruhannya. Peniaga boleh menjalankan perniagaan menerusi aplikasi yang telah dibangunkan untuk kegunaan vendor Safer. Melalui aplikasi ini, anda akan menerima pesanan dan boleh menganalisis data perniagaan yang telah dijalankan menerusi Safer. Aplikasi tersebut boleh dimuat turun melalui:

Jika anda berminat untuk menjana pendapatan dan menjalankan perniagaan menerusi platform online, anda bokeh mendaftar sekarang! Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan segera, anda boleh berhubung dengan pihak Safer menerusi:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here