Pada 1 Jun yang lalu, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak telah mengesan penularan penyakit kulit kental atau berbonjol pada ternakan lembu dan kerbau. Penyakit yang dikenal sebagai Lumpy Skin Disesase (LSD) ini telah menjangkiti ladang ternak lembu dan kerbau di negeri Perak.

Pihak Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri berkata LSD di tempat itu tercetus daripada sebuah ladang ternakan lembu di Simpang Pulai. Ekoran kejadian ini, pihak JPV mula menjalankan pemantauan rapi ke atas ladang tersebut dan di ladang ternakan di sekitar Perak. Pemantauan dijalankan supaya lembu-lembu yang sakit ini tidak dijual di pasaran.
Menurut JPV, penyakit ini sudah menyerang beberapa kawasan di sekitar Asia dan baharu sahaja dikesan di negara ini. Pengawalan penyakit masih lagi terkawal kerana penyakit ini hanya berjangkit menerusi kontak rapat antara haiwan dan tidak menjangkiti manusia.
Pembelian daging boleh dilakukan dan pihak JPV menyarankan supaya rakyat tidak berasa panik. Hal ini kerana daging yang hendak disembelih akan mendapatkan kebenaran daripada JPV terlebih dahulu. Ia berikutan untuk memastikan haiwan yang bakal disembelih bebas daripada sebarang penyakit berjangkit.
TRIVIA
Penyakit kulit berbonjol atau Lumpy Skin Disesase (LSD) merupakan sebuah penyakit berjangkit di kalangan lembu dan kerbau. Ia berpunca daripada virus dan boleh menyebabkan demam serta menyebabkan kelenjar limfa membesar, bintil berganda pada kulit dan membran mukus.
LSD ini hadir disebabkan oleh virus Poxviridae yang boleh tersebar menerusi gigitan vektor serangga seperti nyamuk dan rembesan air liur atau hidung ternakan lembu yang terjangkit. Setakat ini tiada rawatan khusus untuk penyakit ini. Ia hanya boleh diberikan rawatan untuk mengelak jangkitan sekunder menerusi pemberian antibiotik, anti-inflamatori dan vitamin.

Meskipun penyakit ini tidak mengakibatkan kematian yang tinggi, ia tetap memberikan kesan tinggi kepada ekonomi negara. Hal ini berikutan kepada kerugian kepada penternak akibat penurunan pengeluaran susu, penurunan berat badan, keguguran dan kemandulan oleh haiwan yang terjangkit.
Untuk pengesahan, pihak JPV tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan di mana larangan pembelian daging ekoran penyakit kulit ini. Jadi, pihak JPV berharap supaya rakyat kekal tenang dan dapatkan maklumat yang betul sebelum disebarkan.
JPV telah mengaktifkan program survelan bagi mengesan, mengawal dan mencegah penularan penyakit kulit pada seluruh ladang ternakan lembu di Malaysia. Setakat ini hanya 0.1 peratus daripada 81 ribu lebih ekor ternakan lembu dikesan menunjukkan penyakit kulit tersebut.
Berikutan kejadian ini, JPV telah mengetatkan syarat import lembu hidup daripada luar negara dengan kerjasama dari pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS). Tindakan ini diambil dengan memperkemaskan kawalan di pintu masuk negara di sempadan Malaysia. Tindakan terus akan diambil ke atas mana-mana konsainan lembut import yang menunjukkan LSD di Stesen Kuarantin.
Sumber: BERNAMA
Anda berminat untuk sambung pengajian dalam bidang veterinar di universiti luar negara? Ayuh daftar permohonan ke universiti luar negara bersama Daulah Educonsult.
Antara negara yang menawarkan bidang ini adalah Indonesia dan Bangladesh. Anda boleh berhubung dengan pihak Daulah Educonsult untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi:
Website : http://daulahmedic.com/ Facebook : Daulah Educonsult Youtube : Daulah Educonsult Email : daulahmedic@gmail.com Nombor pejabat : 03-92851322 Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322 Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)