Sejak bermulanya gelombang ketiga pandemik COVID-19 di Malaysia, jumlah keseluruhan kes positif setiap hari dilihat mencapai empat angka setiap hari. Setelah berlakunya peningkatan yang sangat tinggi, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh bermula 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021.

Adapun begitu, kerajaan telah memutuskan untuk menyambung pelaksanaan PKP sehingga 28 Jun 2021. Pelanjutan tempoh telah dilaksanakan berikutan berlakunya penurunan kes positif baharu. Ini membuktikan PKP tersebut adalah berkesan dan melandaikan sedikit graf kes COVID-19.

Setelah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi dan bantuan kewangan PEMERKASA Plus, Pelan Pemulihan Negara pula telah dirangka bagi mengeluarkan negara daripada cengkaman pandemik ini. Dengan adanya bekalan vaksin yang akan diagihkan ke seluruh negara, ia bakal membantu dalam menjayakan pelan ini.

Sumber: Google

Strategi Pelan Pemulihan ini merangkumi empat fasa yang akan melibatkan pelan peralihan fasa PKP secara berperingkat. Setiap fasa pelan tersebut berpandukan kepada tiga indikator ambang utama.

      1. Indikator Pertama – Keadaan penularan COVID-19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes jangkitan harian.
      2. Indikator Kedua – Keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katil di wad ICU.
      3. Indikator Ketiga – Tahap populasi  yang dilindungi berdasarkan peratusan yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.
Pertimbangan peralihan daripada fasa pertama kepada fasa kedua PKP adalah berdasarkan:
    • Purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4,000 kes
    • Sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana
    • 10 peratus populasi telah menerima 2 dos suntikan vaksin
BACA JUGA :   6 Negeri Tidak Boleh Rentas Negeri/Daerah.
Fasa kedua akan dimulakan setelah aspek-aspek di atas dipenuhi, namun aktiviti sosial dan kawalan pergerakan dilonggarkan sedikit namun dikawal ketat:
      • Aktiviti ekonomi akan dibuka secara berperingkat (80% kapasiti pekerja dibenarkan di premis)
      • Pendekatan secara positif diteruskan dengan senarai daripada Fasa 1 yang diperluas dengan penambahan pembukaan beberapa  sektor
      • Aktiviti sosial dan rentas negeri masih tidak dibenarkan

Penambahan sektor termasuk aktiviti pembuatan seperti simen untuk pembinaan, peruncitan elektronik dan komputer.

Fasa Ketiga pula akan melibatkan peralihan daripada pendekatan senarai positif dari senarai negatif dengan membenarkan pengoperasian semua aktiviti ekonomi kecuali aktiviti yang berisiko tinggi untuk jangkitan.

Sumber: Google
Indikator untuk beralih kepada Fasa 3 adalah:
    • Purata kes harian COVID-19 menurun ke paras 2 ribu kes
    • Sistem kesihatan awam berada pada tahap selesa dengan penurunan kadar penggunaan katil di ICU ke paras mencukupi
    • 40 peratus populasi negara telah menerima dua dos suntikan vaksin
Semasa Fasa Ketiga:
      • Semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang tersenarai dalam senarai negatif, iaitu aktiviti yang berisiko tinggi menyebabkan jangkitan COVID-19 atau melibatkan keramaian
      • Sektor ekonomi akan kekal dibenarkan beroperasi pada kapasiti 80% seperti Fasa Kedua
      • Aktiviti sosial termasuk pendidikan dan sukan tertentu boleh mula dibuka secara berperingkat
BACA JUGA :   COVID-19 : Berkesankah Pelaksanaan PKP?
Kemudian, indikator untuk beralih ke Fasa 4 adalah:
    • Purata kes harian COVID-19 menurun ke paras bawah 500 kes
    • Sistem kesihatan awam berada di paras selamat termasuk kadar penggunaan katil di ICU di paras mencukupi
    • 60 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin

Semasa Fasa Keempat, iaitu fasa terakhir semua sektor ekonomi akan dibuka, lebih banyak aktiviti sosial akan dibenarkan, perjalanan rentas negeri dibolehkan dan pelancongan domestik juga akan dibuka tertakluk kepada SOP yang ketat.

Melalui perutusan yang telah dibentangkan, Perdana Menteri berharap agar semua pihak memainkan peranan seperti mendaftar untuk menerima vaksin dan mengambilnya. Dengan itu, pengharapan untuk kembali ke kehidupan biasa seperti sebelum pandemik dapat dicapai.

Sumber: Teks perutusan Perdana Menteri 15 Jun 2021

Mahu bekerja semasa PKP berlangsung? Ayuh mendaftar sebagai rakan penghantar atau rakan pemandu Safer! Pendaftaran boleh dilakukan menerusi laman sesawang rasmi atau aplikasi Safer Driver.

Klik gambar untuk terus mendaftar.

Ayuh segera mendaftar sebelum promosi ‘Zero Commission’ ditamatkan. Dengan berjalannya promosi ini, anda boleh menjalankan kerja penghantaran tanpa apa-apa penolakan caj dari pihak Safer. Untuk maklumat lanjut hubungi pihak Safer menerusi:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here