Sejak setahun lebih bermulanya pandemik COVID-19 di negara kita, pelbagai jenis bantuan yang telah disalurkan kepada rakyat. Bantuan ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membantu meringankan beban rakyat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Semasa pelaksanaan perintah ini, segelintir rakyat tidak dapat keluar bekerja dan akhirnya pendapatan untuk belanja sehari-harian berkurang. Tidak dilupakan juga ada yang kehilangan pekerjaan kerana syarikat tidak mampu untuk membayar gaji atau upah pekerja.

Siri-siri bantuan yang disalurkan oleh kerajaan sedikit sebanyak mampu untuk meringankan beban rakyat. Dengan itu, PEMULIH atau Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi bakal menemui rakyat bermula hari ini. Nilai keseluruhan pakej ini berjumlah RM 150 bilion merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM 10 bilion.

PEMULIH bertujuan untuk memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat dan tertumpu kepada tiga fokus utama iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkatkan Vaksinasi. Setiap fokus utama ini merangkumi bantuan yang akan disalurkan secara berperingkat bermula hari ini atau 29 Jun 2021.

BACA JUGA :   SOP PKP Ramai Yang Masih Ingkar?

Fokus Pertama Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat (Jun hingga Disember)

    • Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR
    • Bantuan Khas COVID-19 atau BKC
    • Bantuan Kehilangan Pendapatan
    • Elaun Mencari Pekerjaan
    • Bantuan Bakul Makanan (ikut ahli parlimen)
    • Diskaun Bil Elektrik
    • Internet percuma
    • Perkhidmatan Bank Bergerak

Fokus Kedua: Menyokong Perniagaan

    • Geran Khas Prihatin atau GKP
    • Program Subsidi Upah atau PSU 4.0
    • PenjanaKerjaya dan Malaysianisation
    • Shop Malaysia Online
    • Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil atau PUPUK
    • Bantuan kewangan penggiat seni
    • Bantuan Khas Taska
    • Elaun Pekerja Cacat
    • Program Jaringan Inisiatif atau JITU
    • Memudah cara prosedur Perolehan Kerajaan
    • Diskaun ke atas sewaan permis perniagaan MARA
    • Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi
    • Pelaksanaan i-Citra dan Moratorium Bayaran Balik Pinjaman Bank

Fokus Ketiga: Meningkatkan Vaksinasi

    • Tambahan bekalan vaksin
    • Buka Pusat Pemberian Vaksin (PPV)
    • Bayaran saguhati kepada petugas barisan hadapan
    • Tambang kepada OKU untuk mendapatkan vaksin
BACA JUGA :   Bantu Ekonomi dengan Membeli Barangan Tempatan

Kerajaan tetap terus bergerak, berjuang dan berusaha keras setiap masa, sekalipun dalam keterbatasan, untuk memastikan negara kekal berada pada landasan pemulihan yang tepat. Perkara ini juga bagi memastikan nasib rakyat terbela.

Namun, perlu diingatkan, sampai bila bantuan ini akan terus disalurkan? Apakah yang akan berlaku sekiranya tiada lagi bantuan yang akan diterima oleh rakyat? Apakah yang akan terjadi bila perintah kawalan ini dilaksanakan secara berterusan? Bagaimana?

Sumber: Teks Ucapan Perdana Menteri

Anda berminat untuk menjana pendapatan pasif dengan cepat dan mudah. Ayuh sertai komuniti Safer sebagai pengguna atau rakan penghantar atau rakan pemandu.

Anda boleh peroleh 1% pulangan apabila pendaftar referral melakukan transaksi melalui aplikasi Safer. Mahu ketahui maklumat lanjut? Hubungi pihak Safer menerusi mana-mana platform yang berikut:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here