Pada masa kini, para pelajar sekolah dan pelajar institusi pengajian tinggi masih lagi menjalankan pembelajaran daripada rumah. Institusi pendidikan masih belum lagi dapat dibuka kerana kes jangkitan positif pandemik COVID-19 negara masih lagi belum berkurang.

Oleh yang demikian, untuk membolehkan pelajar yang bakal menempuh peperiksaan besar seperti SPM dan STPM, vaksin akan diberikan secara beransur bermula pertengahan Julai. Dengan perkara ini, mungkin pelajar akan boleh mengikuti pembelajaran secara bersemuka sehingga menjelang tarikh peperiksaan.

Kerajaan telah mengumumkan khabar gembira ini menerusi Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin bahawa vaksin Corminaty keluaran Pfizer-BioNTech akan menanti para pelajar. Dengan adanya pemberian vaksin ini, ia diharapkan dapat memberikan keyakinan yang lebih kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah untuk menjalankan pembelajaran secara bersemuka.

BACA JUGA :   Pelajar Terbabit Dengan Isu Jenayah Akan Susah Nak Dapat Kerja

Jangkaan kasar jumlah pelajar yang akan menduduki SPM dan STPM pada tahun ini adalah sekitar 500,000 orang. Dengan itu, langkah dan sasaran pelajar perlu diberikan dengan jelas supaya tiada pelajar yang akan tercicir. Antara faktor yang mungkin menjadi pemangkin sasaran adalah kebolehan capaian internet dan situasi kehidupan pelajar.

Adapun begitu, terdapat juga cabaran di mana isu berkenaan bekalan vaksin. Hal ini kerana pemberian vaksin adalah tertakluk di bawah kendalian Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF).

Sumber: Astro Awani

Anda berminat untuk sambung pengajian di luar negara? Daftar kemasukan ke universiti luar negara di peringkat Ijazah Sarjana Muda sekarang sebelum permohonan bagi sesi 2021 ditutup.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult: Agensi Konsultan Pendidikan Luar Negara

Anda boleh lakukan permohonan ke universiti luar negara menerusi khidmat agensi konsultasi pendidikan Daulah Educonsult. Antara pilihan negara yang bakal menutup permohonan universiti adalah Rusia, Indonesia dan Poland.

Untuk maklumat lanjut, pihak Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi:
Website : http://daulahmedic.com/   
Facebook : Daulah Educonsult   
Youtube : Daulah Educonsult  
Email : daulahmedic@gmail.com  
Nombor pejabat : 03-92851322 
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322  
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here