Adakah anda merupakan seorang peniaga makanan secara kecil-kecilan? Jika ya, ayuh mula berniaga secara dalam talian menerusi platform Safer. Di bawah Safer, terdapat satu peluang perniagaan secara dalam talian yang mungkin membantu anda untuk mengembangkan lagi perniagaan anda.

Peluang yang dibuka adalah sebagai vendor makanan yang telah didaftarkan di bawah Safer Food Merchant. Setelah anda melakukan pendaftaran, akaun anda akan terus diaktifkan dan anda boleh menerima pesanan melalui pengguna-pengguna Safer.

Bagaimana untuk mendaftar? Siapa yang layak untuk mendaftar? Jangan bimbang! Anda yang berniaga apa jua jenis makanan dan minuman layak untuk menjadi vendor di Safer Food. Apa yang penting adalah status makanan atau minuman tersebut halal untuk dimakan.

Antara butiran yang diperlukan semasa melakukan pendaftaran akaun adalah:
  • Salinan kad pengenalan peniaga
  • Lesen perniagaan atau permit perniagaan
  • Lesen daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Sijil halal
Selain itu, terdapat butiran perniagaan yang perlu diisi untuk memudahkan urusan pengaktifan vendor. Antara butiran tersebut adalah:
  • Waktu perniagaan beroperasi (hari dan masa)
  • Lokasi premis perniagaan
  • Menu makanan atau minuman yang dijual
  • Harga makanan atau minuman
  • Butiran akaun bank
BACA JUGA :   Peniaga Mari Menjana Keuntungan Sebagai Vendor Di Safer Food.

Peluang ini dibuka untuk semua peniaga-peniaga kecil yang menjual makanan dan minuman tidak mengira terdiri daripada peniaga warung, trak makanan, home-kitchen, restoran dan lain-lain. Asalkan anda mempunyai atau memenuhi butiran-butiran yang diperlukan, anda sedia untuk menjalankan perniagaan bersama Safer.

Antara kelebihan lain yang akan anda peroleh jika berniaga bersama Safer adalah kadar penolakan caj komisen yang sangat rendah. Adapun begitu, pada waktu ini, Safer sedang menjalankan promosi sifar komisen. Dengan adanya promosi ini, peniaga tidak akan dikenakan apa-apa caj komisen!

Peniaga akan mendapat keuntungan penuh dan rakan penghantar Safer akan menghantarkan pesanan tersebut kepada pengguna yang telah lakukan pesanan. Pengaktifan akaun juga akan dilakukan dalam masa 24 jam setelah peniaga memberikan butiran yang lengkap.

BACA JUGA :   Jana Pendapatan Bulanan Sebagai Rider Konsultan Di Safer

Jika anda berminat untuk mendaftar sebagai vendor di Safer Food, anda boleh lakukan pendaftaran di: https://www.safer.my/sign-up-restaurant

Aplikasi Safer Food Merchant boleh dimuat turun secara percuma mengikut perisian peranti elektronik anda. Klik pada butang di bawah untuk mula memuat turun.

Jika anda mempunyai sebarang masalah atau mengalami kesulitan untuk mendaftar, anda boleh menyertai kelas bersama Safer Food Merchant. Kelas ini dibuka secara dalam talian dan peniaga boleh menempah slot masa yang dicadangkan. Tempahan kelas boleh dilakukan menerusi pautan di bawah.

https://bit.ly/KelasBersamaSaferFood

Adapun begitu, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklum balas kepada pihak Safer, pertanyaan boleh dilakukan menerusi mana-mana platform yang berikut:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/ 
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/ 
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial 
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/ 
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here