Rusia merupakan negara yang cukup dikenali di mata dunia dengan keindahan dan kecantikan tempat-tempat pelancongan. Bukan sahaja terkenal dengan tempat-tempat menarik yang indah tetapi Rusia juga merupakan negara yang bagus untuk anda yang ingin menyambung pengajian di luar negara.

Terdapat beberapa bidang pengajian yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian bidang yang anda minati. Berikut adalah antara universiti terbaik yang Daulah Educonsult tawarkan kepada pelajar yang mendaftar kemasukan melaluinya.

1. Kursk State Medical University (Pra-perubatan, perubatan, Gerentologi)

Kursk State Medical University merupakan sebuah universiti yang memegang reputasi yang sangat bagus dan disegani dalam bidang perubatan di mana mereka telah melatih lebih daripada 25,000 pegawai perubatan profesional di seluruh dunia.
Anda tidak perlu ragu kerana ijazah perubatan milik universiti ini diiktiraf oleh Majlis Perubatan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Bukan itu sahaja, Kursk State Medical University turut menerima pengiktirafan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), UNESCO dan Majlis Perubatan Am (GMC) negara-negara utama Eropah, termasuklah Perancis, United Kingdom, pelbagai badan perubatan di peringkat antarabangsa serta diakui lebih 40 negara.
2. Volgograd State Medical University (Perubatan)

Volgograd State Medical University terletak di Volgograd yang terletak di bahagian selatan Rusia di tebing barat Sungai Volga. Universiti ini diakreditasi oleh Kementerian Pendidikan Rusia untuk mengajar pelajar Rusia dan luar negara. Ia mempunyai kakitangan pengajar yang berkelayakan, penyelidik lanjutan dan pakar perubatan yang berpengalaman. Universiti telah melatih pelajar antarabangsa sejak 1962. Semenjak tahun 2000, Universiti Perubatan Volgograd telah mendapat peluang untuk mengajar pelajar asing dalam bahasa Inggeris.
3. Privolzhsky Research Medical University (Perubatan)

 

BACA JUGA :   Yuk Belajar Yuk kedokteran Hewan di Indonesia peringkat "DEGREE"
Nizhny Novgorod State Medical Academy telah menukar kepada nama yang baru iaitu Privolzhsky Research Medical University. Tetapi nama yang lama masih digunapakai sehingga kini. Jadi masyarakat lebih mengenali nama lama berbanding yang baru.
Universiti ini merupakan institut pendidikan perubatan pertama yang paling berprestij di bandar purba Nizhny Novgorod, Rusia. Kini, akademi tersebut berada di tangga yg ke-6 daripada 46 institut pengajian perubatan yang lain dan turut mendapat pengiktirafan dari World Health Organization (WHO) dan termasuk dalam buku Rujukan Tahunan “World of Learning” Institusi Perubatan yang dikeluarkan di Great Britain. Oleh kerana prestasi akademik yang luar biasa, institut itu kemudian mendapat status “State Academy” pada tahun 1994.
4. I.M Sechenov First Moscow State Medical University (Perubatan)

 

Moscow State Medical University (MSMU) merupakan universiti perubatan tertua yang telah berusia 240 tahun. Ia juga merupakan university terbesar di Rusia yang pada awalnya dikenali sebagai “First Med.” MSMU bertanggungjawab dalam melatih pegawai perubatan di seluruh Rusia dan telah memainkan peranan yang sangat besar dalam pembangunan sains perubatan, latihan perubatan dan kajian saintifik di Rusia.
MSMU turut mendapat pengiktirafan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Kementerian Pengajian Tinggi, UNESCO dan MMC sebagai universiti perubatan kedua terbaik dunia sejak tahun 1989. Kini, universiti ini berfungsi sebagai pusat utama dalam meberi latihan dan persijilan bagi menaik taraf status perubatan dan ahli farmasi di seluruh Rusia.
5. Moscow Aviation Institute (Kejuruteraan Pesawat)

Moscow Aviation Institute (MAI) adalah salah satu universiti aeroangkasa yang terkemuka di Persekutuan Rusia yang telah beroperasi dari tahun 1920-an lagi. Kini, ia merupakan antara universiti kejuruteraan yang menjadi tumpuan antarabangsa.
Sejak terbukanya universiti ini, lebih daripada 160,000 pakar telah menjadi lulusan dari MAI termasuklah ketua-ketua penyelidikan, organisasi reka bentuk aeroangkasa, ahli akademik dan ahli-ahli yang berkaitan dengan Akademi Sains USSR, Akademi Sains Rusia, angkasawan, juara Olimpik, juara dunia dalam sukan, ahli politik terkemuka, duta besar, ketua institusi perbankan.
6. Saint Petersburg University (Pengurusan Perniagaan Antarabangsa)

Universiti ini adalah antara universiti bersejarah kerana ianya merupakan universiti pertama yang dibina dengan arahan Tsar Peter Great. Prinsip universiti ini adalah menetapkan pengajian dan penyelidikan dalam masa yang sama. Meskipun universiti ini terbuka luas untuk pengajian sains, tawaran yang dibuka kepada pelajar Malaysia adalah bidang pengajian Pengurusan Perniagaan Antarabangsa.

Jika anda mahu melanjutkan pengajian ke mana-mana universiti berikut, anda boleh melakukan pendaftaran bersama Daulah Educonsult. Pendaftaran kemasukan bagi tahun 2021 ini adalah pada bulan September dan mempunyai kuota yang terhad.

BACA JUGA :   Madrasah Daulah Tawar Pendaftaran Belajar Tanpa Sijil

Ayuh realisasikan impian anda untuk sambung belajar ke Rusia bersama Daulah Educonsult. Hubungi pihak Daulah Educonsult untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here