Seperti yang diketahui, PKPD atau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan adalah satu kawalan untuk mengekang penularan wabak dengan menutup penuh beberapa sektor tidak penting. Perkara ini merupakan salah satu input tambahan daripada prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan itu sendiri.

Adapun begitu, pelaksanaan PKPD terhadap sebuah negeri secara keseluruhan seperti tidak memenuhi kriteria PKPD itu sendiri. Seperti yang terjadi di Selangor, meskipun PKPD dilaksanakan di beberapa mukim utama di sekitarnya, ia seperti tidak membawa apa-apa makna.
Hal ini dikatakan kerana dilihat terdapatnya beberapa perubahan baharu terutamanya ke atas SOP PKPD di Selangor. Jika dilihat pada keputusan yang telah dikeluarkan, kerajaan bersetuju untuk membenarkan pembukaan beberapa sektor semasa pelaksanaan PKPD. Antara sektor yang terlibat adalah:
-
-
- Sektor elektrik dan elektronik (E&E) dan rantaian bekalan
- Sektor aerpangkasa
- Sektor mesin dan peralatan (M&E) bagi pengeluaran produk kesihatan dan makanan
- Syarikat pembuatan makanan dan dan minuman utama
-
Keputusan ini telah ditetapkan berikutan melihatkan peranan sektor-sektor ini kepada pengeluaran produk secara tempatan dan antaranbangsa. Yang secara tidak langsungnya berkait dengan ekonomi negara.

Syarikat-syarikat yang berkait dengan sektor-sektor tersebut boleh memulakan operasi dengan menggunakan surat kelulusan COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0. Surat tersebut juga merupakan surat sedia ada yang mempunyai akronim ‘PKP 3.0’ dan bertarikh pada bulan Jun 2021 dan ke atas.
Pematuhan SOP masih lagi diterapkan dengan membenarkan hanya 60 peratus pekerja sahaja untuk hadir dan selebihnya melaksanakan kerja dari rumah. Pekerja dalam sektor pembuatan akan diberikan vaksin secara berperingkat dan secepat mungkin menerusi Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) .
Sumber: BERNAMA
Anda berminat untuk sambung belajar di luar negara? Ayuh dapatkan konsultasi percuma bersama Daulah Educonsult. Konsultan Daulah sedia membimbing anda sekiranya anda mahu menyambung pengajian di luar negara.
Terdapat beberapa negara luar yang ditawarkan antaranya Rusia, Indonesia, Poland, Bangladesh dan Mesir. Bidang pengajian juga adalah pelbagai. Anda mahu ketahui maklumat dengan lebih lanjut? Hubungi Daulah Educonsult menerusi mana-mana platform berikut:
Website : http://daulahmedic.com/ Facebook : Daulah Educonsult Email : daulahmedic@gmail.com Nombor pejabat : 03-92851322 Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322 Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)