Keadaan pandemik COVID-19 di Malaysia di lihat semakin meruncing. Ramai orang dilihat mula menjalankan perniagaan makanan untuk meneruskan kehidupan. Ada juga yang sedang berjuang mempertahankan perniagaan sedia ada dengan segala usaha.
Jika anda adalah peniaga makanan tidak mengira baharu atau lama, anda boleh menjalankan perniagaan bersama Safer. Safer Food Merchant sedang mencari rakan niaga atau vendor makanan untuk berniaga di bawah Safer Food.
Peluang perniagaan ini dibuka kepada semua peniaga makanan tidak mengira peniaga warung, restoran, home-kitchen, dan food-truck sahaja. Asalkan anda memenuhi segala butiran dan dokumen yang diperlukan, anda boleh berniaga bersama Safer.
Untuk menjadi vendor di Safer Food, peniaga diperlukan untuk melampirkan beberapa dokumen penting seperti yang berikut:
-
- Kad pengenalan
- Lesen perniagaan
- Lesen SSM
- Sijil Halal
Lampiran dokumen adalah penting untuk memastikan pengguna berasa selamat dan terjamin ketika memlih makanan di Safer Food. Selain melampirkan beberapa dokumen penting, peniaga juga perlu melampirkan beberapa butiran penting berkenaan perniagaan seperti:
-
- Waktu beroperasi (hari dan masa)
- Lokasi premis perniagaan
- Menu makanan berserta gambar
- Harga makanan
- Akaun bank
Untuk mengaktifkan akaun peniaga di Safer Food Merchant, peniaga diperlukan untuk melengkapkan segala dokumen dan butiran yang telah ditetapkan. Jika peniaga berhasil untuk melengkapkan dokumen dan butiran tersebut, akaun peniaga boleh diaktifkan dalam masa 24 jam sahaja.
Jadi, jika anda mahu mula berniaga dengan segera bersama Safer Food Merchant, pastikan anda mendaftar sekarang. Pihak Safer juga sedang menjalankan promosi ‘Zero Commission’ di mana peniaga dapat berniaga di platform Safer Food secara percuma.
Melalui promosi ini, peniaga tidak akan dikenakan apa-apa caj penolakan komisen sepanjang tempoh promosi berlangsung. Tarikh akhir bagi promosi ini juga masih belum ditetapkan. Jadi, pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menjana keuntungan menerusi Safer Food Merchant.
Selain menjalankan perniagaan secara dalam talian menerusi Safer Food, anda juga boleh memilih waktu perniagaan anda sendiri. Dengan cara ini, anda mempunyai pilihan sama ada untuk menerima tempahan makanan melalui Safer megikut waktu yang anda mahukan.
Safer juga menyediakan rakan penghantar yang akan membantu peniaga menghantarkan tempahan makanan. Rakan penghantar ini merupakan rakan penghantar yang telah berdaftar bersama Safer. Jadi, peniaga tidak perlu runsing untuk mencari penghantar makanan.
Jika anda berminat untuk mendaftar sebagai vendor di Safer Food, anda boleh lakukan pendaftaran menerusi pautan di bawah.
<< https://www.safer.my/sign-up-restaurant >>
Setiap vendor yang berniaga di Safer Food pula diperlukan untuk memuat turun aplikasi Safer Food Merchant. Aplikasi Safer untuk Food Merchant boleh dimuat turun menerusi:-
Google Play Store: https://bit.ly/SaferFood-PlayStore-Install
Apple Apple Store: https://bit.ly/SaferFood-AppStore
Jika peniaga mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh berhubung dengan pihak Safer menerusi platform yang tertera di bawah.
Customer Service: 011-2058 6389
Live Chat Safer: https://www.safer.my/
Official Website: https://safer.asia/
Facebook: https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram: https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter: https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube: https://bit.ly/safergroup