Safer Food Merchant adalah sebuah platform atas talian yang bertujuan untuk mempromosikan produk makanan dalam skala pasaran meluas secara atas talian. Kepada anda yang berminat khususnya peniaga kecil, peniaga yang berniaga di rumah, home-kitchen, pengusaha restoran dan food truck, sangat digalakkan untuk sertai Safer Food Merchant.
Jika peniaga mendaftar sebagai vendor di Safer Food Merchant, banyak kelebihan yang akan diperolehi oleh vendor.
Salah satunya adalah vendor tidak perlu menghantar makanan kepada pelanggan. Ini kerana pihak Safer telah menyediakan rakan penghantar yang akan membantu peniaga menghantar tempahan makanan kepada pelanggan. Rakan penghantar yang disediakan merupakan rakan penghantar yang sudah mendaftar dengan Safer.
Selain itu, anda yang sudah mendaftar sebagai vendor akan mendapat penawaran 0% caj penolakan. Ini kerana Safer Food Merchant masih meneruskan lagi tawaran 0% caj penolakan kepada vendor yang sudah mendaftar. Maka, vendor akan memperoleh 100% keuntungan bersih disamping mempromosikan perniagaan mereka secara atas talian.
Seterusnya, masa kerja adalah fleksibel. Ianya sangat sesuai untuk peniaga yang berniaga dari rumah. Malah, platform Safer Food Merchant ini membantu meningkatkan lagi jualan makanan dan minuman para vendor secara atas talian. Ini kerana platform ini mempunyai jaringan pelanggan yang meluas.
Di samping itu, pendaftaran vendor juga adalah secara percuma. Adakah peniaga berminat untuk menjadi vendor di Safer Food Merchant? Jika ya, peniaga boleh mendaftar menerusi pautan di bawah sekarang.
<<<https://www.safer.my/sign-up-restaurant>>>
Bukan itu sahaja, vendor dapat mempromosikan perniagaan makanan dan minuman secara atas talian di Safer Food Merchant. Vendor boleh memuat turun aplikasi Safer Food Merchant seperti di bawah.
Pengguna Android:
https://bit.ly/SaferFood-PlayStore-Install
Pengguna iOS:
https://bit.ly/SaferFood-AppStore
Namun, peniaga yang ingin berdaftar sebagai vendor di Safer Food Merchant perlu menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan. Peniaga perlu melampirkan empat dokumen penting seperti:
-
Lesen perniagaan
-
Kad pengenalan
-
Sijil Halal
-
Sijil SSM
Peniaga juga perlu melampirkan beberapa butiran dan dokumen penting berkenaan perniagaan seperti:
-
Lokasi premis perniagaan
-
Waktu operasi perniagaan
-
Menu makanan beserta gambar
-
Harga makanan
-
Akaun bank
Peniaga hanya perlu memuat naik kesemua maklumat dan dokumen yang diperlukan bagi mempercepatkan proses pengaktifan akaun peniaga. Jika terdapat maklumat yang tidak lengkap, ianya akan melambatkan proses pengaktifan akaun. Pengaktifan akun akan dilakukan dalam tempoh 24 jam sahaja. Setelah itu peniaga boleh mula meniaga dan menerima pemesanan makanan secara atas talian di aplikasi Safer Food Merchant.
Pihak Safer juga menyediakan kelas kepada para vendor yang masih keliru untuk melakukan pendaftaran. Sekiranya vendor berminat untuk mengikuti kelas bersama Safer, vendor perlu menempah slot terlebih dahulu. Berikut adalah link untuk menempah slot.
<<< https://bit.ly/KelasBersamaSaferFood >>>
Jika anda berminat untuk menyertai Safer Food Merchant, jangan lupa mendaftar dengan Safer. Inginkan maklumat lanjut, sila layari laman web dan media sosial Safer.
Live Chat Safer: https://www.safer.my/
Official Website: https://safer.asia/
Facebook: https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram: https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter: https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube: https://bit.ly/safergroup