Negara Indonesia merupakan antara negara yang menjadi pilihan pelajar untuk sambung pengajian di luar negara. Hal ini berikutan ada pelajar yang tidak mahu tinggal jauh daripada keluarga atau ibu bapa yang tidak mahu anaknya pergi jauh dari rumah. Tambahan daripada itu, Indonesia merupakan sebuah negara yang rendah kos sara hidupnya berbanding Malaysia.

Atas sebab itu, Daulah Educonsult sedia menawarkan peluang pengajian terbaik kepada pelajar. Pengajian tersebut adalah di sekitar Indonesia dan meliputi universiti-universiti terbaik dan yang telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia seperti MQA.

Oleh itu, ayuh lihat beberapa universiti yang telah ditawarkan Daulah Educonsult kepada lepasan pelajar untuk sambung pengajian. Sebelum itu, peringkat pengajian yang ditawarkan adalah untuk ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Adapun begitu peluang ini dibuka kepada semua lepasan seperti lepasan SPM, IGCSE, O-Level, STPM, Asasi, Matrikulasi dan lain-lain lepasan setaraf.

BACA JUGA :   Peluang Belajar ke Maahad Buuth Tanpa Sijil SPM dan STAM Menerusi Madrasah Daulah.

Antara universiti tersebut adalah:

  1. Universitas Sumatera Utara, Medan
  2. Universitas Airlangga, Surabaya
  3. Universitas Hasanuddin, Makassar
  4. Universitas Padjadjaran, Sumedang
  5. Institut Pertanian Bogor, Bogor
  6. Universitas Andalas, Padang
  7. Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Pekan Baru
  8. Universitas Islam Negeri Ar-Raniry, Banda Aceh

Setiap universiti menawarkan bidang yang berbeza. Oleh yang demikian, jika pelajar mahu mendapatkan maklumat penuh, pelajar boleh berhubung terus dengan pihak Daulah Educonsult.

Secara umumnya, terdapat beberapa bidang pengajian yang ditawarkan di universiti di sekitar Indonesia. Antara bidang pengajian yang ditawarkan kepada pelajar adalah perubatan, pergigian, farmasi, veterinar, pengajian Islam, pengurusan perniagaan antarabangsa, kejuruteraan pesawat dan lain-lain.

Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan peluang sambung belajar di Indonesia, anda boleh layari laman sesawang Daulah di Daulah Educonsult. Anda perlu mendapatkan maklumat berkenaan cara permohonan, tarikh tutup permohonan, kekosongan seat dan lain-lain.

BACA JUGA :   Sambung Belajar di Universiti Terbaik di Indonesia pada September 2020 !
Pihak Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi mana-mana platform berikut:
Website : http://daulahmedic.com/   
Facebook : Daulah Educonsult   
Youtube : Daulah Educonsult  
Email : daulahmedic@gmail.com  
Nombor pejabat : 03-92851322 
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322  
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here