Pandemik Covid-19 kini menjadi satu cabaran apabila muncul varian baharu seperti varian Delta yang memberi impak lebih serius. Ini kerana varian ini merebak dengan cepat dan berisiko untuk melumpuhkan sistem penjagaan kesihatan awam dan mampu memperlahankan pemulihan ekonomi global.

Oleh itu, WHO menyifatkan peningkatan jangkitan tersebut sebagai trend global. Maka, program vaksinasi perlu dipercepat bagi mencapai imunisasi kelompok dalam kadar segera serta keberkesanan kandungan vaksin dipertingkatkan bagi mendepani pelbagai varian baharu.

 

Perdana Menteri mengumumkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) menyasarkan kadar vaksinasi diberi lebih 300,000 dos sehari selepas Jun. Ia diikuti pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dengan fokus ketiga iaitu mempercepatkan program vaksinasi kepada penduduk.

Pelbagai usaha dilakukan untuk mencapai imuniti kelompok pada kadar segera untuk rakyat menjalani kehidupan seperti sebelum pandemik. Justeru, bekalan vaksin negara menunjukkan peningkatan ketara apabila Malaysia dijadual menerima sekurang-kurangnya 13.8 juta dos vaksin sepanjang Julai ini. Ini menunujukan Covid-19 boleh dikawal jika kadar vaksinasi dipertingkatkan.

BACA JUGA :   1.2 Juta Dos Vaksin COVID-19 Tiba Di Indonesia.

Kini, kadar pemberian dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 di Malaysia melepasi purata negara di Asia yang mengatasi negara Thailand, Filipina dan Vietnam.

Kemajuan yang positif ini dapat dijadikan pencapaian terbaik. Ia berada di landasan tepat untuk mencapai imunisasi kelompok dalam masa terdekat dan mampu untuk menjauhi jangkitan Covid-19.

Oleh itu, semua pihak sama ada kerajaan, parti politik, penggerak ekonomi serta masyarakat perlu bersama-sama menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang berada di landasan terbaik.

Seterusnya, pelaksanaan PKP dalam tempoh dua minggu juga sebenarnya membantu untuk bendung penularan jangkitan kesCovid-19 terutama di kawasan Lembah Klang. Ini kerana faktor kepadatan dan pergerakan yang tinggi berlaku dalam kalangan penduduk di situ.

Oleh yang demikian, kawasan yang mencatatkan kes tinggi dapat dikenal pasti, ujian saringan dapat dipertingkatkan, dapat mengesan kes kontak rapat dan seterusnya mampu untuk menangani jangkitan dalam komuniti.

BACA JUGA :   Selepas 27 Tahun Menyepi , Virus Polio Buat Comeback!

Kerajaan juga perlu mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh ke atas kilang dan premis perniagaan yang didapati banyak berlaku perlanggaran arahan serta prosedur operasi standard (SOP).

Tuntasnya, masyarakat disaran untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan mengamalkan tindakan kesihatan awam secara kendiri sebagai langkah mengharungi peningkatan kes Covid-19 di kawasan sesak dan berisiko tinggi.

Sumber: Berita Harian
Anda tidak tahu nak buat apa sepanjang PKP berlangsung? Selain meluangkan masa bersama keluarga, anda juga boleh mengisi masa luang anda dengan membaca buku. Membaca merupakan suatu amalan mulia. Secara tidak langsung, anda boleh menambah ilmu.
Jom dapatkan buku dari Daulah Ilmi. Anda hanya perlu ke aplikasi shopee Daulah Ilmi atau klik di pautan berikut.

<<< https://shopee.com.my/daulahilmi >>>

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here