Penggunaan digital dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) telah membuatkan masyarakat tertumpu kepada penggunaan peralatan teknologi seperti telefon pintar, tablet dan juga komputer.

Kebiasaanya, ‘devices’ tersebut dimanfaatkan oleh semua golongan masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Mereka menggunakannya untuk tujuan pembelajaran dan menguruskan perihal kerja masing-masing.

Namun, penggunaan skrin digital yang berlebihan memberi kesan buruk kepada masyarakat. Antara kesan buruk tersebut ialah masalah obesiti, masalah tidur, sakit leher dan belakang yang teruk dan mengalami gangguan emosi.

Masalah obesiti terjadi apabila masyarakat menghabiskan banyak masa melakukan aktiviti yang tidak sihat seperti bermain permainan video atau menonton TV. Aktiviti tersebut tidak menggunakan banyak pergerakan dan berisiko untuk kegemukan kerana lemak tepu yang tertumpu pada sesuatu bahagian.

Selain itu, masyarakat akan mengalami masalah untuk tidur. Hal ini kerana cahaya yang dipancarkan oleh ‘devices’ mengganggu kitaran tidur otak dan membuatkan masyarakat tidak dapat tidur dengan nyenyak.
Seterusnya, sakit leher dan belakang yang teruk. Penggunaan skrin dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan postur badan lemah yang kemudIannya menyebabkan sakit leher, bahu, dan belakang yang kronik.
Gangguan emosi juga boleh berlaku seperti kemurungan dan kegelisahan. Perkara ini dapat meningkatkan tingkah laku bunuh diri dan melambatkan kemampuan seseorang itu untuk mengesan emosi mereka. Penggunaanya yang berpanjangan dan salah boleh mengganggu kesihatan mental seseorang akibat kritikan atau kesan negatif daripada penggunaan peranti mereka.

Tuntasnya, pihak kerajaan seperti KKM, SKMM dan KPM perlulah bersama-sama menyediakan garis panduan yang komprehensif tentang penggunaan masa skrin dalam meningkatkan literasi teknologi kesihatan kepada masyarakat.

BACA JUGA :   Motosikal Modenas Mencecah 1100 Unit Jualan Tempoh Kurang Setahun.

Anda tidak tahu nak buat apa sepanjang PKPD berlangsung? Selain meluangkan masa bersama keluarga, anda juga boleh mengisi masa luang anda dengan membaca buku. Membaca merupakan suatu amalan mulia. Secara tidak langsung, anda boleh menambah ilmu.

Jom dapatkan buku dari Daulah Ilmi. Anda hanya perlu ke aplikasi shopee Daulah Ilmi atau klik di pautan berikut.

<<< https://shopee.com.my/daulahilmi >>>

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here