Sivamurugan Pandian, seorang penganalisis politik berpendapat bahawa ahli-ahli politik kini perlu menunjukkan satu keseimbangan dalam konteks politik. Perkara ini boleh membantu untuk meredakan suhu pilitik yang sedang mendidih.

Beliau berkata bahawa Pelan Pemulihan Negara (PPN) ini juga perlu bersifat menyeluruh supaya dapat melindungi setiap lapisan masyarakat yang terjejas sejak pandemik berlaku. Perkara ini juga perlu dipertimbangkan dari aspek fahaman politik, etnik, kepercayaan, ritual, sentimen Semenanjung atau Sabah dan Sarawak.

Selain itu, beliau sedar pasti ada pihak yang kurang senang dengan pelan tersebut. Ini kerana mungkin sebahagian daripada pihak itu beranggapan sekiranya pelan tersebut berjaya, pihak kerajaan akan mendapat penghargaan sepenuhnya.

BACA JUGA :   Rakyat Terbeban Dengan Kenaikan Harga Barang...Salah Siapa?

Namun, masyarakat kini lebih bijak dalam menilai tindak tanduk ahli-ahli politik. Masyarakat juga lebih banyak meluangkan masa dengan penggunaan telefon pintar dan juga terdedah dengan akses Internet yang semakin meluas di Malaysia ini. Mereka tahu apa yang berlaku dengan hanya menaip menggunakan hujung jari sahaja. Dengan itu, segala isu dan berita terkini mudah didapati dan ditafsir oleh mereka.

Ini menjadi kebimbangan kepada penganalisis politik kerana masyarakat kini semakin hilang kepercayaan kepada wakil rakyat.  Peranan masyarakat yang kini menguruskan masalah sendiri di bawah prinsip ‘rakyat jaga rakyat’ dikhuatiri sekiranya ia menjejaskan struktur kepimpinan di negara ini.

Oleh itu, semua pihak perlu mengetepikan agenda peribadi mahupun puak masing-masing dan bersepakat demi Malaysia. Carilah persamaan dalam perbezaan walaupun sedikit demi kesejahteraan rakyat dan negara.

BACA JUGA :   Rakyat Gembira Tentang Pembayaran Royalti Minyak Terus Ke Kerajaan Negeri

Sumber: Astro Awani

 

Anda tidak tahu nak buat apa sepanjang PKP berlangsung? Selain meluangkan masa bersama keluarga, anda juga boleh mengisi masa luang anda dengan membaca buku. Membaca merupakan suatu amalan mulia. Secara tidak langsung, anda boleh menambah ilmu.

Jom dapatkan buku dari Daulah Ilmi. Anda hanya perlu ke aplikasi shopee Daulah Ilmi atau klik di pautan berikut.

<<< https://shopee.com.my/daulahilmi >>>

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here