Perniagaan secara atas talian kini sudah menjadi trend ditambah dengan situasi negara yang kini dilanda wabak pandemik Covid-19. Oleh itu, pihak Safer mewujudkan satu platform yang dikenali sebagai Safer Food Merchant. Safer Food Merchant adalah pilihan tepat untuk para peniaga sertai. Ini kerana Safer Food Merchant menyediakan satu platform untuk para peniaga makanan dan minuman berniaga secara atas talian.
Kepada peniaga kecil, peniaga yang berniaga di rumah, home-kitchen, pengusaha restoran dan food truck, ini merupakan satu peluang untuk anda mempromosikan perniagaan anda secara atas talian. Anda boleh menjual dan mempromosikan pelbagai jenis makanan dan minuman yang anda jual sekiranya sudah melengkapkan segala butiran dan dokumen yang diperlukan.
Untuk menjadi vendor di Safer Food, peniaga diperlukan untuk melampirkan beberapa dokumen penting seperti yang dinyatakan dalam gambar.
Selain itu,peniaga juga perlu melampirkan beberapa butiran penting berkenaan perniagaan seperti:
- Lokasi/ Premis perniagaan
- Waktu operasi perniagaan
- Menu makanan beserta gambar
- Harga makanan
- Akaun bank
Pengaktifan akaun akan dilakukan dalam masa 24 jam setelah peniaga melengkapkan kesemua butiran yang dinyatakan. Setelah itu, peniaga boleh terus ‘go online’ untuk menerima pesanan secara dalam talian. Pesanan tersebut diterima melalui aplikasi Safer Food Merchant yang telah dimuat turun oleh pihak peniaga.
Bukan itu sahaja, anda yang berdaftar sebagai vendor akan mendapat penawaran 0% caj penolakan. Ini kerana Safer Food Merchant masih meneruskan lagi tawaran 0% caj penolakan kepada vendor yang mendaftar bersama Safer Food. Maka, rebutlah peluang ini dan promosikan perniagaan anda secara dalam talian di samping menjana 100% keuntungan bersih.
Di samping itu, Safer turut menyediakan rakan penghantar yang akan membantu peniaga menghantar tempahan makanan kepada pelanggan. Ini kerana rakan penghantar yang disediakan merupakan rakan penghantar yang sudah mendaftar dengan Safer.
Adakah peniaga berminat untuk menjadi vendor di Safer Food Merchant? Jika ya, peniaga boleh mendaftar sebagai vendor secara percuma menerusi pautan di bawah.
<<<https://www.safer.my/sign-up-restaurant>>>
Peniaga juga boleh sertai kelas bersama Safer Food dengan melakukan tempahan slot. Sebarang pertanyaan dan keraguan boleh ditanya semasa kelas berlangsung.
<<< https://bit.ly/KelasBersamaSaferFood >>>
Seterusnya, vendor juga dikehendaki untuk memuat turun aplikasi Safer Food Merchant seperti di bawah.
Pengguna Android: https://bit.ly/SaferFood-PlayStore-Install
Pengguna iOS:
https://bit.ly/SaferFood-AppStore
Peniaga yang sudah mendaftar boleh menghubungi khidmat pelanggan Safer sekiranya ada sebarang keraguan dan kesulitan. Peniaga juga boleh mengikuti platform media sosial Safer untuk mendapatkan maklumat terkini dari pihak Safer.
Customer Service: 011-2058 6389
Live Chat Safer: https://www.safer.my/
Official Website: https://safer.asia/
Facebook: https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram: https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter: https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube: https://bit.ly/safergroup