Peniaga lama dan baharu mungkin dapat menarik nafas lega kerana mereka berpeluang untuk menguruskan perniagaan secara dalam talian. Hal ini dikatakan kerana perniagaan dalam talian telah menjadi norma baharu rakyat Malaysia pada masa kini terutama semasa pandemik masih berlangsung.
Ini turut dibuktikan dengan kenyataan daripada Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) Datuk Mas Ermieyati Samsudin di mana perniagaan dalam talian ini akan menjadi norma baharu walaupun selepas Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) berakhir pada tahun ini.
Bertitik tolak dari perkara ini, Safer diwujudkan untuk membantu para peniaga makanan di luar sana untuk meluaskan lagi pasaran perniagaan anda. Safer yang telah dibangunkan oleh syarikat bumiputera Malaysia membuka peluang kepada semua peniaga terutama peniaga kecil untuk mula menjalankan perniagaan secara dalam talian.
Terdapat banyak kelebihan yang boleh anda perolehi dengan menjalankan perniagaan secara dalam talian. Antara kelebihan tersebut adalah anda dapat menerima pesanan daripada pengguna yang pelbagai. Selain itu, peniaga juga boleh menjalankan perniagaan menerusi Safer mengikut kemahuan masa peniaga.
Selain itu, Safer juga sedang menjalankan promosi terhebat iaitu promosi ‘Zero Commission’. Para peniaga tidak akan dikenakan apa-apa caj penolakan sepanjang menjalankan perniagaan bersama Safer selagi tempoh promosi berlangsung.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar dan isi maklumat perniagaan anda serta menjadi salah satu daripada vendor makanan di Safer Food. Anda juga akan mendapat keuntungan penuh jika mendaftar menerusi Safer. Tambahan daripada itu, pendaftaran akaun bersama Safer juga adalah peruma!
Anda hanya perlu lakukan pendaftaran dan tunggu akaun anda diaktifkan. Setelah akaun perniagaan anda diaktifkan, anda boleh mula terima pesanan. Anda hanya perlu menyediakan pesanan dan pihak Safer akan menyediakan rakan penghantar yang akan menghantar pesanan makanan tersebut kepada pelanggan anda.
Bukan itu sahaja, Safer turut menawarkan peluang kepada peniaga untuk mempromosikan perniagaan secara dalam talian. Terdapat pelbagai pakej menarik yang telah ditawarkan oleh pihak Safer kepada vendor Safer yang mendaftar di bawah Safer Food Merchant.
Pendaftaran boleh dilakukan menerusi aplikasi Safer Food Merchant:
Jika anda mengalami kesukaran dan memerlukan bantuan segera, anda boleh berhubung dengan pihak Safer untuk dapatkan khidmat pelanggan. Pihak Safer boleh dihubungi menerusi:
Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup